Sempena sambutan ulang tahun ke-20, MR.DIY – peruncit kelengkapan rumah terkemuka di Malaysia – bakal menganjurkan konsert mega yang dijangka menjadi antara acara hiburan paling berprestij tahun ini. Konsert “MR.DIY 20th Anniversary” akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 Julai 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, menjanjikan malam penuh muzik, kegembiraan dan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Sebagai penghargaan kepada sokongan berterusan pelanggan selama dua dekad, MR.DIY melancarkan kempen penebusan tiket konsert bermula 31 Mei 2025. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana cawangan MR.DIY di seluruh negara untuk menebus dua (2) tiket konsert percuma. Penebusan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi di dalam kedai atau menerusi laman web rasmi MR.DIY. Tiket adalah terhad kepada 3,000 penebusan pertama sahaja, jadi pelanggan dinasihatkan untuk bertindak segera!
Konsert ini akan menampilkan barisan artis tersohor dari pelbagai genre dan bahasa. Antara yang bakal menghangatkan pentas adalah ratu Mandopop Penny Tai, lagenda rock Ella, Awie, dan Amy Search, vokalis bertenaga Jaclyn Victor dan Shila Amzah, penyanyi bakat muda Lee Pei Ling, serta trio sensasi media sosial 3P. Semua artis ini akan tampil secara langsung, di satu pentas, untuk satu malam sahaja!
Bukan sekadar konsert muzik, acara ini turut menjanjikan suasana karnival yang meriah dengan pertunjukan cahaya laser yang memukau, persembahan bunga api yang menakjubkan, pelbagai pilihan makanan dan minuman, sudut bergambar eksklusif untuk media sosial, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang malam. Stadium Merdeka bakal menjadi pusat tumpuan ribuan peminat yang ingin merasai sendiri semangat dan keterujaan sambutan ini.
Untuk maklumat lanjut serta syarat penebusan tiket, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di mrdiy.com/concert2025 dan mengikuti saluran rasmi MR.DIY di Facebook dan Instagram.
Konsert Ulang Tahun ke-20 MR.DIY
Tarikh: Jumaat, 11 Julai 2025
Masa: Bermula 5:30 petang
Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Penebusan Tiket Bermula: 31 Mei 2025
#MRDIY #MRDIY20Years #MRDIYAnniversaryConcert #MRDIYConcert2025 #Shop&Redeem