Siakap Keli

ASICS Perkenal GEL-KAYANO™ 32 Kasut Larian Lebih Selesa, Stabil & Berprestasi Tinggi

Jenama sukan terkemuka dunia, ASICS, kini memperkenalkan kasut larian terbaharunya GEL-KAYANO™ 32, kesinambungan kepada siri kasut kestabilan ikonik yang sudah lama menjadi pilihan pelari tegar seluruh dunia.

Diperkenalkan dengan reka bentuk midsole yang lebih canggih dan bahagian atas (upper) yang dikemas kini, model ini menawarkan pengalaman larian yang lebih lancar, selesa, dan responsif.

Teknologi 4D GUIDANCE SYSTEM™: Stabil Tapi Tetap Fleksibel

Keistimewaan utama GEL-KAYANO™ 32 terletak pada teknologi 4D GUIDANCE SYSTEM™ yang telah dibangunkan menerusi kajian dan ujian menyeluruh. Sistem ini membantu kaki bergerak secara semula jadi dan lebih efisien, sekaligus memberi kestabilan dinamik yang amat diperlukan ketika larian jarak jauh atau pada permukaan mencabar.

Reka bentuk ini mengekalkan DNA keselesaan premium yang sinonim dengan siri GEL-KAYANO™, sambil memberikan tumpuan kepada keperluan pelari moden.

Midsole Lebih Ringan & Empuk Dengan FF BLAST™ PLUS

Antara naik taraf paling ketara adalah penggunaan FF BLAST™ PLUS buih (foam) ringan dan responsif yang memberikan rasa lembut di tapak kaki, bersama daya lantunan yang tinggi. Tambahan 2mm buih di bahagian depan kasut memberikan lebih banyak kusyen dan keselesaan setiap kali kaki mencecah permukaan.

PureGEL™, teknologi penyerap hentakan terbaru daripada ASICS, pula membantu memastikan transisi langkah yang lebih lancar, sambil mengurangkan tekanan di setiap langkah.

Bahagian Atas Baru, Sesuai Dengan Bentuk Kaki Anda

Kasut ini juga tampil dengan reka bentuk mesh yang diperbaharui, menjadikan bahagian atas lebih lembut dan selesa. Ia digabungkan dengan struktur tongue wing yang stabil dan direka untuk menyokong lengkungan kaki secara peribadi satu kelebihan besar untuk pelari yang perlukan sokongan tambahan di bahagian tengah kaki.

Tapak HYBRID ASICSGRIP™: Lebih Cengkaman, Lebih Tahan Lasak

Untuk daya cengkaman, GEL-KAYANO™ 32 hadir dengan HYBRID ASICSGRIP™ outsole, memastikan kasut lebih tahan lasak dan stabil di pelbagai jenis permukaan. Gabungan semua elemen ini menghasilkan kasut yang bukan sahaja selesa, tetapi mampu menyesuaikan diri dengan gaya larian berbeza.

“ASICS sentiasa berusaha memberikan kestabilan dan keselesaan luar biasa dalam setiap kasut. Teknologi seperti 4D GUIDANCE SYSTEM™ dan PureGEL™ adalah bukti kami serius dalam mencipta pengalaman larian terbaik. GEL-KAYANO™ 32 adalah langkah seterusnya dalam evolusi ini,” kata Tomohiro Nishida, Ketua Pembangunan Kasut Larian Berprestasi ASICS.

Harga & Tarikh Pelancaran

Kasut GEL-KAYANO™ 32 akan mula dijual secara rasmi di seluruh Malaysia mulai 1 Jun 2025 dengan harga bermula dari RM749. Ia boleh didapati di kedai rasmi ASICS serta di laman web ASICS.com.

Untuk pelari yang ingin memanfaatkan lebih banyak kelebihan, boleh sertai program keahlian OneASICS untuk akses eksklusif, ganjaran dan info menarik melalui laman ini:
 https://www.asics.com/my/en-my/mk/oneasicsmy

Website: ASICS.COM  

Facebook: ASICS  

Instagram: @asicsmalaysia   

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.