Siakap Keli

Pavilion Bukit Jalil Raikan Ulang Tahun Ke-80 Mattel Cuti Sekolah Ini

Cuti sekolah kali ini, Pavilion Bukit Jalil menghidupkan suasana dengan sambutan ulang tahun ke-80 Mattel yang meriah! Pengunjung sekeluarga dijemput untuk menikmati pengembaraan penuh warna-warni bersama watak popular seperti Barbie, Hot Wheels, Thomas & Friends dan banyak lagi. Sambutan ini berlangsung sehingga 8 Jun 2025 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk zon permainan interaktif, cabaran seru, spot foto nostalgia serta ganjaran eksklusif  menjadikan ia pengalaman sempurna untuk seisi keluarga bersantai dan berhibur bersama.

Mattel telah selama 80 tahun mencorak cara kanak-kanak bermain, bermimpi dan berimaginasi melalui mainan yang menjadi sebahagian daripada memori indah sepanjang zaman. Kini, warisan itu diteruskan di Pavilion Bukit Jalil, di mana pengunjung boleh merasai sendiri dunia penuh kegembiraan dan nostalgia dalam acara “All Play All Day” sempena ulang tahun ke-80 Mattel.

Dato’ Joyce Yap, CEO Retail Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., berkata, “Di Pavilion Bukit Jalil, kami komited untuk mencipta pengalaman bermakna yang mengeratkan hubungan keluarga. Tiada apa yang lebih baik daripada keseronokan bermain bersama untuk mengukuhkan ikatan tersebut. Sempena ulang tahun ke-80 Mattel, kami berbesar hati menjadikan pusat beli-belah ini ruang hidup yang penuh warna dan keseronokan, di mana keluarga boleh bersatu, bergembira dan mencipta memori manis.”

Antara tarikan utama sambutan ini adalah beberapa zon bertema yang direka khas untuk keluarga. Di Barbie Zone, pengunjung boleh bergambar di photo booth 360 darjah dan bersantai di kolam gelembung merah jambu berhampiran kereta convertible ikonik Barbie. Zon Hot Wheels pula mempersembahkan kereta die-cast meluncur laju melalui gelung api dan trek mencabar termasuk “T-Rex Smasher” yang menguji kelajuan dan ketepatan. Di Thomas & Friends Zone, kanak-kanak berpeluang berinteraksi dengan karakter enjin kegemaran mereka sebelum menaiki kereta api Thomas sebenar mengelilingi pusat beli-belah. Zon Mattel All Games pula menyediakan pengalaman santai dengan permainan besar seperti Scrabble, UNO dan Pictionary untuk dimainkan bersama keluarga.

Selain itu, acara hujung minggu turut dimeriahkan dengan cabaran Hot Wheels Crash Out dan pertandingan Fisher-Price Shape Sorter. Kanak-kanak boleh mengumpul cop di pasport aktiviti dengan melengkapkan lima misi sepanjang acara dan menebus putaran mesin gashapon untuk mendapatkan barangan Mattel eksklusif. Pembelian produk Mattel bernilai RM60 ke atas turut layak menerima merchandise ulang tahun ke-80 seperti balang insulated edisi terhad dan pelekat puffy koleksi. Manakala pembelian bernilai RM150 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah membolehkan pembeli menebus hadiah istimewa pilihan antara Barbie Surprise Lollipop atau Hot Wheels Blind Box (tertakluk kepada stok yang ada).

Acara ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga 8 Jun 2025 dengan kemasukan percuma.

Rancang aktiviti penuh keseronokan anda bersama Mattel di Pavilion Bukit Jalil dan ikuti perkembangan terkini melalui Instagram (www.instagram.com/pavilionbukitjalil) dan Facebook (www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall/). Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Pavilion Bukit Jalil, kunjungi laman media sosial mereka atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.