Siakap Keli

Pocky Lancar Perisa Baharu Dengan Susu Premium Hokkaido, Rangup, Berkhasiat & Disukai Kanak-Kanak

Kalau sebut Pocky, mesti ramai teringat kenangan zaman sekolah, kan? Kali ni, Glico Malaysia tampil dengan versi baharu yang bukan saja sedap tapi juga sihat, Pocky Susu, biskut rangup bersalut krim susu Hokkaido premium.

Dengan kempen #SusuRangupDanSihat, Pocky bukan sekadar snek biasa. Ia merupakan cara baru yang lebih seronok untuk kanak-kanak nikmati kebaikan susu dan serat, dalam bentuk snek rangup yang mudah dibawa ke mana saja.

“Biskut ni kaya dengan serat, dan disalut dengan krim susu Hokkaido yang berkrim serta lazat. Ia bukan saja sedap, tapi juga sihat, sesuai untuk ibu bapa yang nak anak makan makanan berkhasiat tanpa drama,” kata Lee Yeen Theng, Pengarah Urusan Glico Malaysia.

Apa Istimewanya Susu Hokkaido?

Susu Hokkaido terkenal dari Jepun kerana teksturnya yang halus dan rasa berkrim. Bila digabung dengan Pocky yang rangup, hasilnya memang ‘perfect match’!

Kajian menunjukkan semakin anak membesar, mereka kurang minum susu. Ditambah pula dengan kurang pengambilan buah & sayur, sumber utama serat, ia boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang.

Ibu bapa Lega, Anak Pun Seronok

Selebriti dan ibu terkenal, Yana Samsudin, pun turut serta dalam kempen ni. Katanya, “Anak-anak saya pun kadang cerewet makan. Tapi bila snek tu menarik, barulah mereka excited nak cuba. Pocky Susu ni memang saya approve, mudah, sedap dan penuh kebaikan!”

Turun Padang, Lawat 50 Sekolah

Untuk galakkan gaya hidup sihat, Glico Malaysia akan bawa kempen ini ke 50 sekolah sekitar Lembah Klang. Mereka akan adakan aktiviti interaktif, kongsi ilmu pemakanan dan buat anak-anak lebih menghargai kebaikan susu.

Dunia Digital Pun Dikuasai, Selamat Datang ke Pocky Nutriverse!

Bukan setakat dunia sebenar, Pocky juga ‘invade’ dunia maya dengan Pocky Nutriverse satu dunia permainan maya berkonsepkan realiti tambahan (AR) yang pasti tarik minat remaja Gen Z. Di sini, bukan saja boleh main game, tapi juga belajar tentang pemakanan secara menyeronokkan.

Dapatkan Sekarang

Pocky Susu dah boleh didapati di pasar raya, kedai serbaneka terpilih dan juga secara online di Shopee pada harga bermula RM3.40.

Nak tahu lebih pasal Nutriverse? Boleh tonton video rasmi disini:

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.