Siakap Keli
Smartwatch

Harga Mampu Milik, Smartwatch Ni Ada ECG, Bateri 10 Hari, Mesra Geng Android & iOS

Harga Mampu Milik, Smartwatch Ni Ada ECG, Bateri 10 Hari, Mesra Geng Android & iOS

Tak semua smartwatch mampu milik tu betul-betul lengkap dengan ciri yang berguna. Kalau nak yang betul-betul puaskan hati kita, harganya pula yang tak kena dengan bajet. 

Tapi, HUAWEI berjaya buktikan bahawa korang boleh dapat smartwatch yang power yang ada ECG iaitu HUAWEI WATCH FIT 4 Pro, bateri tahan lama, sokong iOS & Android dengan harga mampu milik saja.

Bukan Sekadar Rupa, Tapi Teknologi Terkini Untuk Gaya Hidup Aktif 

Siri HUAWEI WATCH FIT 4 bukan hanya tampak premium, tapi turut dilengkapi teknologi terkini yang memudahkan gaya hidup moden! Tidak kira sama ada korang seorang atlet, pekerja pejabat atau pencinta gadget bergaya.

Smartwatch

Reka Bentuk Premium Yang Menawan 

Kalau korang jenis yang kisah pasal rupa dan rasa bila pakai smartwatch, korang akan suka siri ni. WATCH FIT 4 Pro hadir dengan bahan mewah seperti bezel titanium alloy dan kaca sapphire, sama macam jam-jam high-end. Beratnya cuma 30.4g dan setebal 9.3mm, selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

WATCH FIT 4 pula lebih ringan (27g) dan nipis (9.5mm), sesuai untuk korang yang nak smartwatch yang bergaya tapi ringan untuk harian. Kedua-dua model dilengkapi paparan AMOLED 1.82 inci dengan tahap kecerahan mencecah 3000 nits untuk versi Pro, manakala 2000 nits untuk versi biasa. Confirm terang walau bawah cahaya matahari!

Bateri Tahan 10 Hari, Cas Pantas Tanpa Kompromi 

Ketahanan bateri salah satu aspek penting sebelum beli jam pintar. Ada yang cas lama, tapi boleh tahan satu hari sahaja. Tapi berbeza dengan siri HUAWEI WATCH FIT 4 ni. Satu lagi ciri menarik, bateri yang boleh tahan selama 10 hari

Pro model boleh dicas penuh dalam masa 60 minit, manakala versi biasa dalam 75 minit. Dan paling best, smartwatch ni serasi dengan iOS & Android, jadi korang tak perlu risau sama ada pakai iPhone ataupun Android.

Boleh Bayar Guna Jam Je – Touch ‘n Go QR 

 

Lebih menarik lagi, HUAWEI merupakan jenama pertama di Malaysia di mana jam pintarnya boleh guna TNG QR untuk buat pembayaran terus dari pergelangan tangan! Tak perlu keluarkan telefon, korang cuma perlu scan QR dan terus bayar.

Mod Sukan Lebih Canggih Dari Jam Biasa 

Kalau korang seorang yang aktif, smartwatch ni memang sesuai. Lebih dari 100 mod sukan, termasuk mod khas air seperti surfing, rowing dan sailing dengan bacaan terperinci seperti kelajuan, jarak, heart rate. 

Siri HUAWEI WATCH FIT 4 turut dilengkapi dengan GPS dual-band dan Sunflower Positioning System, siap dengan offline maps untuk navigation semasa larian. Korang boleh juga guna mod trail running dan freediving sehingga 40 meter dengan paparan senaman terperinci (kedalaman, masa menyelam, kedalaman maksimum, suhu, arah, masa dalam air dan jam randik). Ada juga mod golf yang mempunyai maklumat peta padang golf terperinci, arah hijau, cerun hijau, caddy AI, dan pelbagai lagi.

Ciri Kesihatan Menyeluruh? Siap Ada ECG! 

Untuk korang yang pentingkan kesihatan, jam ni memang power. Versi Pro datang dengan ECG analisis yang boleh detect irama jantung tak normal seperti afib atau beats yang tak sekata, hanya dalam masa 30 saat je. Selain tu, siri HUAWEI WATCH FIT 4 pantau tahap SpO2, tekanan, tidur, dan kesihatan emosi, siap ada pet face comel untuk galakkan korang jaga mood. Korang juga dapat laporan kesihatan penuh melalui Health Insights dalam app HUAWEI Health, termasuk amaran awal jika ada data abnormal.

Aplikasi HUAWEI Health juga menawarkan Health+ yang merangkumi pelan pintar untuk penurunan berat badan, pelan penambahbaikan tidur, serta pengurusan diet yang menyeluruh. Ia juga merangkumi lebih daripada 200 kandungan premium seperti kursus pakar, meditasi kesedaran, penambahbaikan tidur (termasuk muzik tidur), dan banyak lagi. Boleh dikatakan, aplikasi ini bantu memenuhi keperluan pengguna dari segi kecergasan, kesihatan, pemakanan dan kesejahteraan emosi.

Fungsi Harian Yang Praktikal & ‘Smart’

  • Bluetooth calling: jawab panggilan dari pergelangan tangan
  • Balas WhatsApp: guna keyboard terus dari jam
  • Akses kad NFC: buka pintu rumah/office
  • Radio SYOK App: dengar muzik/podcast tanpa perlu buka phone

Apa yang lebih menarik, aplikasi Waktu Solat Malaysia bakal tersedia pada Jun 2025 untuk siri HUAWEI WATCH FIT 4, menjadikan HUAWEI jenama pertama di Malaysia yang menyokong aplikasi ini pada jam tangan pintar. 

Manakala, sokongan untuk peranti iOS pula akan menyusul tidak lama lagi, di mana pengguna boleh menerima notifikasi waktu solat, melihat bacaan ayat-ayat solat mengikut waktu, serta mengakses fungsi arah kiblat terus daripada jam tangan pintar mereka. 

Jika dilihat, penambahan ciri ini memberikan satu kemudahan besar buat pengguna beragama Islam melakukan ibadah melalui pengalaman jam tangan pintar yang lebih lancar dan praktikal.

Dengan harga serendah RM599, HUAWEI WATCH FIT 4 Series bawa semua fungsi hebat dalam reka bentuk slim, bergaya dan tahan lama. Kalau korang seorang yang aktif dan gemar aktiviti kecergasan, HUAWEI WATCH FIT 4 Pro memang untuk korang kerana ianya lengkap dengan mod sukan seperti trail running, free diving sehingga 40 meter, serta mod golf, ditambah pula dengan fungsi ECG untuk memantau kesihatan jantung. Namun jika korang mencari smartwatch yang ringan dan sesuai dipakai setiap hari, sama ada untuk urusan kerja atau gaya hidup harian, HUAWEI WATCH FIT 4 ialah pilihan ideal untuk korang.

Beli sekarang dan korang akan dapat hadiah percuma HUAWEI Scale 3 + langganan Health+ selama 3 bulan.

Smart jam, smart value! Memang tak menyesal untuk dimiliki.

Kat mana nak dapat smartwatch ni? Korang boleh usyar-usyar dan dapatkan jam mampu milik ini melalui pautan di bawah:-

HUAWEI Shop

Shopee

Lazada

TikTok

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.