Siakap Keli
komik under 18
Kredit: Gempak 360

Komik Under 18 Bakal Diadaptasi Jadi Filem “Live Action”

Komik Under 18 Bakal Diadaptasi Jadi Filem “Live Action”

Komik terkenal, Under 18 bakal diangkat ke layar perak dalam bentuk filem live action tidak lama lagi.

Pengumuman mengenai pembikinan filem itu telah dibuat ketika sesi pelancaran Under 18 X Klepet yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di World Trade Centre pada Ahad.

Menerusi Facebook Gempak 360, sesi pelancaran itu juga turut dihadiri oleh pencipta komik terbabit iaitu Zint Lu.

“Hari ini sangat bermakna juga sebab kami umumkan filem live action Under 18, akan datang tahun 2026,” kata Gempak 360.

BACA JUGA: Komik Popular Lawak Kampus Dilapor Bakal Dijadikan Siri Animasi Tv

Orang ramai juga dapat  bertemu dengan Zint di reruai Gempak Starz pada hari terakhir PBAKL itu.

Under 18 merupakan komik yang diterbitkan pada 2002 dan sangat terkenal dalam kalangan remaja ketika itu. Bahkan, sehingga kini ia menjadi salah satu komik yang kekal diingati dan mendapat tempat dalam kalangan pembaca.

Justeru, pengumuman mengenai filem ini menamatkan penantian para peminat yang sekian lama mengharapkan ia diangkat ke layar perak atau sekurang-kurangnya dijadikan sebagai siri animasi.

Under 18 mengisahkan mengenai kehidupan alam persekolahan sekumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai karenah.

https://www.facebook.com/gempak360/posts/pfbid0jJYJLpvGJnaBTP3ixRjHjgDN2AsLzM3pyyVMpaMyZskWnm1eibS4PHNHMtNPatr3l

Sementara itu, para peminat komik tersebut memberikan pelbagai reaksi berkenaan pengumuman terbabit, ada yang teruja dan tidak sabar menantikan filem tersebut.

Namun ada juga yang berharap agar ia diadaptasi sebagai animasi, bukan live action.

Sumber: Gempak 360

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.