Siakap Keli
Haflah Takrimiah AKMAL 2025

150 Pelajar Diraikan Di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025

150 Pelajar Diraikan Di Majlis Haflah Takrimiah AKMAL 2025

BANGI – Sebanyak 150 pelajar Huffaz diraikan dalam satu majlis penuh barakah sempena Majlis Haflah Takrimiah AKMAL Kali ke – 6, anjuran Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang berlangsung hari ini di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, mantan Menteri Agama dan tokoh ulama negara. Ia turut dihadiri oleh ibu bapa, para guru, alumni serta rakan strategik pendidikan Al-Quran dari seluruh negara.

Majlis ini menjadi simbolik kepada kejayaan pelajar-pelajar AKMAL, yang rata-ratanya berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh kurang daripada setahun – termasuk beberapa rekod luar biasa, antaranya seorang pelajar yang berjaya hafaz 30 juzuk dalam hanya 2 bulan.

Haflah Takrimiah AKMAL 2025

Lebih mengagumkan, pelajar seawal usia 10 tahun telah berjaya memperoleh Syahadah Hafazan sepenuhnya. Antaranya ialah adik Ziyad, seorang anak Istimewa mild autisme berusia 10 tahun yang memiliki daya ingatan luar biasa, mampu menghafal 42 surah sebelum memasuki AKMAL. Adik Ziyad berjaya khatam 30 juzuk dalam tempoh hanya 4 bulan 6 hari.

Antara pelajar cemerlang lain yang diraikan ialah adik Muhamad Aiman, 16 tahun, yang berjaya menerima sijil Syahadah Hafazan dalam tempoh juga kurang dari setahun yang kebanyakan dari mereka mampu menghabiskan dalam tempoh 2 bulan ke atas.

Turut mencuri tumpuan adalah anak kepada selebriti nasyid tanah air, Syah Inteam, yang turut menamatkan hafazan dan diraikan dalam majlis kali ini.

Majlis ini sekaligus memperkukuh reputasi program unggul “Hafiz Setahun” oleh AKMAL sebagai antara program tahfiz paling sistematik dan berkesan di Malaysia. Ia menggabungkan modul 6 Rukun Hafiz, bimbingan motivasi harian, pemantauan hafalan yang konsisten, dan pembentukan akhlak seiring dengan penguasaan ilmu Al-Quran.

Haflah Takrimiah AKMAL 2025

Kini, AKMAL melangkah lebih jauh dengan perancangan menubuhkan pusat pengajian tinggi AKMAL, bagi menyediakan laluan akademik lanjutan untuk para Huffaz. Perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE), United Kingdom, bagi membuka peluang pelajar AKMAL melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan pengiktirafan antarabangsa.

Majlis Haflah Takrimiah ini bukan sekadar meraikan pencapaian akademik, tetapi ia menjadi bukti jelas bahawa dengan sistem pendidikan yang betul, sokongan ibu bapa dan usaha berterusan, anak-anak muda hari ini mampu menjadi pewaris kalamullah walaupun dalam usia yang sangat muda.

Haflah Takrimiah AKMAL 2025

AKMAL mengajak lebih ramai pihak berkolaborasi bersama agar misi AKMAL melahirkan 10 ribu huffaz setiap tahun menjelang 2030 tercapai serta menjemput ibu bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau mendaftarkan anak ke program Hafiz Setahun di www.hafizsetahun.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.