Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Sistem Penyejukan Terbesar Dunia
Kredit: Gambar AFP

Masjidil Haram Guna Sistem Penyejukan Terbesar Dunia Sempena Musim Haji

Siti Nur Ain Natasya

Masjidil Haram Guna Sistem Penyejukan Terbesar Dunia Sempena Musim Haji

Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Masjidil haram dan Masjid Nabawi telah mengaktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia sebagai persiapan musim Haji 1446 Hijrah, lapor Saudi Gazette.

Sistem ini mempunyai kapasiti penyejukan keseluruhan sebanyak 155,000 tan.

Infrastruktur tersebut bergantung kepada dua stesen utama iaitu Stesen Al-Shamiya dengan kapasiti 120,000 tan dan Stesen Ayjad dengan kapasiti 35,000 tan.

Kedua-dua stesen ini meliputi keseluruhan kompleks masjid termasuk kawasan peluasan bagi memastikan jemaah berada dalam keadaan selesa di suhu antara 22 hingga 24 darjah Celsius.

Bagi mengekalkan kualiti udara yang optimum, sistem ini menggunakan teknologi penulenan canggih yang mampu menyingkirkan 95% kotoran bawaan udara.

Ini memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk jemaah terutamanya semasa musim panas yang memuncak.

Selain itu, penyelenggaraan proaktif dan berterusan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Masjidil Haram.

Ia termasuk penggantian komponen utama, jaminan keselamatan tapak kerja dan pengurusan sumber yang cekap untuk menampung permintaan yang meningkat semasa Haji.

Sistem penyimpanan tenaga sejuk

Berdasarkan satu kajian yang dibuat pada 2007, sistem penyejuk di Masjidil Haram turut melibatkan penggunaan sistem penyimpanan tenaga sejuk (thermal energy storage, TES) yang menggunakan ais sebagai medium penyimpanan.

Teknologi ini membolehkan penghasilan sejuk dilakukan pada waktu malam dan digunakan semula pada waktu siang.

Walaupun tidak dapat dipastikan bagaimana teknologi penyejukan terkini berfungsi, ini juga memperlihatkan cabaran penyejukan di situ lebih besar berbanding bangunan biasa yang tertutup.

Kelebihan utama sistem ini adalah mengurangkan beban punca tenaga dan menurunkan kos operasi, khususnya apabila digabungkan dengan tarif elektrik berstruktur masa (time-of-use tariff).

Tarif ini bermakna caj elektrik sewaktu malam lebih murah berbanding sewaktu siang, membolehkan penjimatan harian yang banyak.

Oleh itu, penghasilan suhu sejuk pada waktu malam untuk digunakan siang hari dapat momotong kos yang ketara setiap tahun.

Sistem ini menandakan satu kejayaan kejuruteraan dalam menangani keperluan unik bangunan terbuka terbesar dunia untuk menampung ratusan ribu jemaah.

BACA: Juruterbang Kongsi 10 Pemandangan Memukau Dari Kokpit

BACA: Hukum Solat Di Atas Kerusi Yang Ada Tempat Sujud – Mufti WP

BACA: Malaysia Raih Tempat Pertama Dalam “European Massage Championship 2025”

Sumber:Saudi Gazette, Research Gate