Nespresso Perkenal ‘Coolest Coffee In Town’ Musim Panas Ini
Kuala Lumpur, 3 Jun 2025 – Musim panas ini, ‘tekan main’ bersama ‘Coolest Coffee in Town‘-koleksi perisa kopi ais edisi terhad yang baharu dan kembali, aksesori penuh warna, dan banyak lagi daripada Nespresso. Diinspirasikan oleh nostalgia era 90-an dan nadi kota yang dinamik, Nespresso menyerlahkan detik kopi ais untuk anda berhubung, meneroka, menikmati dan menemui. Sama ada anda mencari detik spontan atau anda seterusnya. Daripada jalanan yang disinari mentari hingga pertemuan yang tidak dirancang, koleksi musim panas Nespresso dicipta untuk gaya hidup musim panas yang aktif dan penuh keseronokan.
Nikmati pengalaman kopi ais paling mewah dari Nespresso setakat ini. Ini utama koleksi ini ialah Pistachio Vanilla Flavour Over Ice – gabungan halus dan mewah yang mempertemukan rasa kacang pistachio dan vanilla berkrim; serta Coconut Vanilla Flavour Over Ice, kegemaran ramai yang menggabungkan rasa kelapa berkrim dengan sentuhan vanilla untuk sensasi tropika – tanpa perlu pasport, anda sudah boleh menikmati rasa percutian tropila. Kedua-dua ini ditawarkan untuk sistem Original pada harga RM3.65 setiap kapsul. Bagi sistem Vertuo, Pistachio Vanilla Berharga Rm4.50 dan Coconut Vanilla pada Rm5.00 – sempurna untuk menghidupkan setiap detik musim panas.
Melengkapi pelancaran baharu ini ialah rangkaian kopi ais bermusim Nespresso yang kembali kegemaran yang telah menjadi pilihan utama setiap musim panas. Untuk sistem Original, nikmati Freddo Delicato yang ringan dan berbuah atau Freddo Intenso yang penuh berani dan berperisa [RM3.65 setiap kapsul]. Bagi pengguna sistem Vertuo, segarkan diri dengan Ice Leggero yang cerah dana romatik [RM4.30 setiap kapsul], atau Ice Forte yang lebih pekat dan intens [RM5.00 setiap kapsul]. Sama ada anda menggemari rasa ringan dan berbuah, atau rasa yang kaya dan mewah—koleksi ini memenuhi setiap selera.
Aksesori Musim Panas untuk Detik Kopi yang Lebih Bergaya
Nespresso turut memperkenalkan mesin Vertuo Pop edisi terhad dalam warna Pistachio Green pada harga RM899 – interprestasi bergaya terhadap warna dan citarasa musim panas. Reka bentuknya yang padat dan bergaya membolehkan kopi ais (atau panas) berkualiti barista disediakan di rumah, sambil menambahkan sentuhan segar di ruang dapur anda.
Turut diperkenalkan ialah rangkaian aksesori berwarna-warni untuk melengkapkan setiap detik kopi ais – sama ada ketika bersiar-siar di bandar atau menikmati percutian musim panas. Travel mug berwarna City Sun Yellow dan Vanilla Ice direka untuk gaya hidup aktif, manakala Pistachio Travel Tumbler menambah sentuhan bermusim yang menyegarkan. Di rumah, hasilkan ciptaan ala kafe seperti seorang barista dengan gelas mixologist Barista, acuan ais, serta set resepi musim panas lengkap dengan straw silikon, jigger, sudu, dan berus pembersih.
Lengkapkan koleksi anda dengan beg penyejuk dan payung Nespresso edisi khas – sesuai untuk berkelah dan hari bersantai di tepi kolam. Sebagai hadiah atau ganjaran diri, Summer Box menampilkan kapsul kopi ais edisi terhad dan tumbler bergaya eksklusif.
Hidangan Manis Musim Panas bersama Paolo Paolo Gelato
Musim panas ini, Nespresso membawa pengalaman kopi aisnya ke luar butik – melalui aktivasi eklusif di cawangan terpilih Paolo Paolo Gelato. Diilhamkan oleh perisa kopi ais edisi terhad Nepresso, Paolo Paolo Gelato memperkenalkan dua pencuci mulut istimewa untuk masa terhad: Vanilla Mascarpone with Pistachio dan Coconut Vanilla Sorbet – menyerlahkan koleksi musim panas Nespresso dalam cara yang lebih menyegarkan dan mewah. Turut ditawarkan ialah dua pencuci mulut istimewa yang dikurasi khas: deconstructed tiramisu, dengan gelato dihadang atas lapisan biskut ladyfingers yang direndam kopi, serta affogato – disempurnakan dengan tuangan kopi ais edisi terhad Pistachio atau Coconut. Hidangan eksklusi ini boleh didapati di semua cawangan Paolo Paolo Gelato, termasuk The ive @ Kompleks Pejabat Damansara (KPD), The Exchange TRX dan Taman Paramount.
Dari 1 hingga 30 Jun 2025, pemiant kopi dan gelato boleh menikmati pelbagai tawaran ekslusif. Di butik Nepresso terpilih, pembelian Summer Gift Box Nepresso akan menerima baucar ‘Beli 2 pint, Percuma 1 pint‘ Paolo paolo Gelato – sementara stok masih ada. Selain itu, setiap pembelian Nespresso membolehkan pelanggan menutar Summer Suprise Machine untuk peluang memenangi baucar diskaun 5% (terhad kepada RM10) untuk Paolo Paolo Gelato serta pelbagai barangan dan tawaran eklusif Nepresso. Secara dalam talian, 50 pelanggan pertama yang melanggan Program Langganan Mesin baharu melalui nespresso.com akan menerima baucar scoop percuma dengan memasukkan kod promo eksklusif sewaktu pembayaran.
Sementera itu, di cawangan Paolo Paolo Gelato, pelanggan yang membeli perisa terpilih atau pencuci mulut istimewa yang dikurasi khas akan menerima kopi ais Nepresso percuma di premis. Dengan setiap perbelanjaan minimum RM25 dalam satu resit, pelanggan layak menerima baucar diskaun 10% untuk Nepresso Vertuo Pop dalam warna Pistachio Green, sementara stok masih ada. Untuk melengkapkan pengalaman, pelanggan boleh mengimbas kod QR yang disediakan di premis bagi menyertai cabutan bertuah untuk memenangi salah satu daripada 10 Tumbler Edisi Terhad Musim Panas.
Koleksi Resepi Kopi Ais Istimewa untuk Musim Panas Anda
Untuk menyempurnakan pengalaman musim panas, Nespresso memperkenalkan rangkaian resepi kopi ais yang direka khas untuk hari cerah dan petang santai. Pistachio Vanilla Iced Oatmilk Latte ialah sajian berkrim buat pencinta pistachio, menggabungkan kapsul Pistachio Vanilla Over Ice dengan oat milk dan sentuhan kemanisan kacang, lengkap dengan tekstur menyeronokkan. Untuk suasan tropika, Coconut Vanilla Mint Iced Coffee memadukan kapsul Coconut Vanilla Over Ice dengan air kelapa segar, sirap vanilla, dan daun pudina – disempurnakan melalui teknik Iced Nitro eksklusif Nespresso, menghasilkan buih halus dan licin di setiap tuangan. Terokai koleksi resepi penuh di nespresso.com/recipes.
Koleksi musim panas Nepresso kini boleh didapati secara dalam talian dan di butik Nepresso terpilih, untuk masa terhad dan selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nespresso.com/my atau ikuti laman media sosial kami di Instagram @nespresso, dan Facebook @Nespressso.my. Talian Perkhidmatan Pelanggan bebas tol kami boleh dihubungi setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam di 1800 80 7001.