Siakap Keli
Sambutan Jubli Intan Ke-60 Penuh Kenangan Bersama Richard Marx Pada 16 Ogos 2025
Gambar Hiasan

Sambutan Jubli Intan Ke-60 Penuh Kenangan Bersama Richard Marx Pada 16 Ogos 2025

Sambutan Jubli Intan Ke-60 Penuh Kenangan Bersama Richard Marx Pada 16 Ogos 2025

Genting Highlands, 3 Jun 2025 – Resorts World Genting (RWG) dengan bangganya
mempersembahkan sambutan Jubli Intan ke-60 bersama Richard Marx, sebuah malam penuh kenangan di Arena of Stars. Pemenang Anugerah Grammy ini bakal mengadakan persembahan eksklusif satu malam istimewa pada hari Sabtu, 16 Ogos 2025, jam 9 malam.

Richard Marx, seorang penyanyi, penulis lagu, dan penerbit muzik yang telah meraih pelbagai anugerah platinum, memiliki kerjaya cemerlang selama lebih 35 tahun dan telah menjual lebih dari 30 juta album di seluruh dunia. Beliau cukup terkenal menerusi lagu-lagu ikonik seperti “Right Here Waiting”, “Now and Forever”, dan “Endless Summer Nights”. Keunikan vokal serta kehebatan bakat penulisannya menjadikan Richard Marx antara artis paling berpengaruh dalam generasinya. Pada bulan Ogos ini, beliau bakal menghiburkan para peminat dengan rangkaian lagu sepanjang zaman yang bukan sahaja akan mengembalikan nostalgia, malah menjanjikan pengalaman muzik yang mengasyikkan di RWG.

Konsert istimewa ini bukan sekadar sebuah persembahan, malah sebuah perjalanan merentas dekad, diiringi irama yang menyentuh kalbu, kenangan manis yang mengusik jiwa, serta getaran persembahan secara langsung yang hanya mampu disampaikan oleh Richard Marx. Generasi yang membesar dengan lagunya serta peminat baharu pasti menantikan detik istimewa ini untuk menyaksikan aksi bertenaga seorang lagenda muzik secara langsung.

Sebagai salah satu acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-60 RWG, konsert ini turut menjadi penghormatan bukan sahaja kepada warisan muzik Richard Marx, malah mengimbau semula jutaan kenangan indah yang terukir dam terpahat di hati para pengunjung RWG sepanjang enam dekad ini. Malam itu akan menyatukan harmoni masa lalu dan kini dalam irama, memori, dan keunikan yang tiada tandingan.

Peminat yang teruja untuk menyaksikan acara ini boleh mendapatkan tiket pada harga RM1,188 (VIP), RM888 (PS1), RM768 (PS2), RM588 (PS3) dan RM368 (PS4). Tiket pra-jualan untuk ahli Genting Rewards Card (GRC) Gold dan ke atas beserta pemegang kad VISA akan tersedia bermula 04.06.2025 jam 12 tengah hari, manakala jualan umum akan bermula pada 09.06.2025 jam 12 tengah hari. Sepanjang tempoh pra-jualan, ahli GRC boleh menikmati diskaun 15% untuk tiket VIP hingga PS3. Walau bagaimanapun, setiap transaksi hanya layak menerima satu kadar istimewa sahaja, sama ada diskaun Ahli Genting Rewards atau diskaun pemegang kad VISA, tertakluk kepada pembelian dalam talian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari rwgenting.com.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.