Telefon Rakyat Korea Utara Didakwa Ditapis Kerajaan
PYONGYANG — Telefon pintar di Korea Utara didakwa mampu mengawal, menapis dan memantau aktiviti rakyatnya secara senyap oleh kerajaan negara itu, lapor BBC News.
Dalam satu klip yang dikongsikan wartawan BBC Seoul, Jean Mackenzie berkata telefon pintar di sana bukanlah sekadar alat komunikasi biasa, selepas sebuah peranti dari negara itu yang berjaya diseludup keluar dan telah dianalisis.
Difahamkan, perkataan popular dari Korea Selatan seperti “oppa” akan ditukar automatik kepada “comrade”, dengan muncul amaran menyatakan ia hanya untuk adik-beradik sebenar.
Sementara perkataan “South Korea” pula akan bertukar secara automatik kepada “puppet region” (wilayah boneka) jika ditulis.
https://www.instagram.com/reel/DKUbvM_NiI4/?igsh=MWpxZ251ZGdmb29vaA%3D%3D&fbclid=IwY2xjawKr4hxleHRuA2FlbQIxMABicmlkETF3TlZmckM2cTF3QTFoTXhhAR63dYcNRMGiJeiYXJdvGyxbjkbyHGtZnnK9o5eHZaKl-ADNQ6PasjR3EbJjTw_aem_qOuSCQb01gbOaYNdxvb52Q
Tambah Mackenzie, lebih mengejutkan telefon pintar ini didapati merakam tangkapan skrin secara automatik setiap lima minit, dengan fail-fail imej disimpan dalam folder tersembunyi yang dipercayai boleh diakses oleh pihak berkuasa untuk tujuan pemantauan.
Menurut BBC, tindakan ini sebagai satu bentuk “programming ala Orwellian”, merujuk kepada konsep negara pemerhati mutlak seperti yang digambarkan dalam novel 1984 karya George Orwell.