Siakap Keli
Agoda Umum ‘Trend Percutian Musim Panas Eropah ke Asia’: Malaysia Kekal Antara Destinasi Asia Paling Popular bagi Pelancong Eropah
Gambar Hiasan

Agoda Umum ‘Trend Percutian Musim Panas Eropah ke Asia’: Malaysia Kekal Antara Destinasi Asia Paling Popular bagi Pelancong Eropah

Agoda Umum ‘Trend Percutian Musim Panas Eropah ke Asia’: Malaysia Kekal Antara Destinasi Asia Paling Popular bagi Pelancong Eropah

Malaysia, 4 Jun 2025Agoda, platform pelancongan digital, mengumumkan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi Asia keempat dengan carian tertinggi oleh pelancong Eropah untuk tahun kedua berturut-turut, menjelang cuti musim panas di Eropah. Thailand, Indonesia, dan Jepun meraih kedudukan tiga teratas, manakala Vietnam muncul buat kali pertama di tempat kelima dalam senarai tersebut.

Dapatan daripada laporan Agoda ‘Trend Percutian Musim Panas Eropah ke Asia’ adalah berdasarkan carian penginapan untuk percutian pada bulan Julai dan Ogos, iaitu bulan kemuncak cuti musim panas bagi pelancong Eropah. Di antara destinasi popular, Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi, dengan kenaikan 20% dalam carian berbanding tahun lepas. China, yang mendapat manfaat daripada pengecualian visa yang diperkenalkan untuk beberapa pasaran Eropah, menunjukkan peningkatan 14%, manakala Sri Lanka meningkat sebanyak 13%.

Perancis, Itali, Sepanyol, United Kingdom, dan Netherlands kekal sebagai lima pasaran Eropah yang menjana carian tertinggi untuk perjalanan ke Malaysia, dengan sedikit perubahan kedudukan apabila Sepanyol mendahului UK berbanding tahun lepas. Sementara itu, Perancis (+95%), Republik Czech (+95%), dan Poland (+74%) mencatatkan peningkatan carian tahun ke tahun tertinggi, mencerminkan minat yang semakin meningkat dan daya tarikan Malaysia yang semakin menyerlah dalam kalangan pelancong Eropah.

Destinasi Dengan Carian Tertinggi di Malaysia
Kuala Lumpur
Pulau Perhentian 
Langkawi 

Fabian Teja, Pengarah Negara bagi Malaysia dan Brunei di Agoda, berkata, “Agoda teruja menyaksikan Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi cuti musim panas pilihan utama pelancong Eropah. Warisan budaya yang kaya, keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, dan keramahan warga Malaysia terus menarik perhatian pelancong yang mencari pelbagai pengalaman unik  dan autentik. Peningkatan 20% dalam carian tahun ini menunjukkan semakin ramai warga Eropah yang berminat untuk meneroka pelbagai tarikan ditawarkan di Malaysia semasa cuti musim panas mereka. Sebagai pakar pelancongan di Asia, Agoda berbangga dapat membantu para pelancong untuk menerokai kedua destinasi popular dan juga yang sedang meningkat naik di rantau ini. ”

Agoda kekal komited dalam membantu para pelancong untuk bercuti ke serata dunia dengan tawaran terbaik. Dengan adanya lebih lima juta tempat penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti liburan, Agoda melancarkan proses merancang percutian dan menampilkan tawaran hebat. Layari Agoda.com atau muat turun aplikasi Agoda untuk menikmati tawaran eksklusif musim panas ini.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.