Siakap Keli
basikal terpanjang dunia
Kredit: Guinness World Record

Ini Basikal Terpanjang Pernah Dicipta, Pegang Rekod Dunia Guinness

Ini Basikal Terpanjang Pernah Dicipta, Pegang Rekod Dunia Guinness

Mungkin ramai yang tidak tahu, 3 Jun merupakan Hari Basikal Sedunia yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada April 2018. Ia disambut bagi mengiktiraf peranan penting basikal sebagai alat pengangkutan yang mampan, mampu milik dan mesra alam.

Sempena Hari Basikal ini, SK ingin kongsikan trivia menarik mengenai basikal terpanjang yang pernah direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness

Pada tahun lalu, rekaan basikal yang berukuran 55.16 meter ( 180 kaki 11 inci) itu dikatakan mempunyai panjang yang lebih kurang sama dengan dua ekor ikan paus biru atau empat bas dua tingkat.

Rekod Dunia Guinness menerusi laman webnya berkata basikal itu dicipta oleh lapan peminat kejuruteraan dari Belanda. Pasukan yang diketuai oleh Ivan Schalk, 39, itu telah merancang projek penciptaan basikal tersebut sejak kecil.

Kredit: Guinness World Record

“Saya telah memikirkan idea terbabit selama bertahun-tahun, ada orang pernah bagi buku Rekod Dunia Guinness dan saya menemui rekod lebih kurang seperti ini di dalamnya,” katanya.

Ivan memulakan projek tersebut pada 2018 untuk mengisi masa lapangnya dan mencari ahli pasukan yang lain di karnival tempatan di kampungnya di Prinsenbeek kerana dia memerlukan bantuan untuk membina basikal terpanjang itu.

BACA JUGA: Si Bulus Pun Termasuk, Ini 10 Rekod Dunia Guinness Paling Pelik 

Penciptaan basikal itu sememangnya merupakan satu proses yang panjang. Malah, ia juga terganggu disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Bahagian hadapan dan belakang basikal itu dihasilkan secara dalaman, manakala bahagian tengah dibeli daripada syarikat yang mengeluarkan struktur keluli panjang.

Untuk mendapat pengiktirafan rekod dunia ini, seorang ahli pasukan perlu berada di hadapan memegang handle basikal dan seorang lagi di belakang untuk mengayuh. Mereka perlu menunggang basikal terbabit dalam jarak 100 meter.

Selain itu, mereka juga mencapai satu lagi rekod untuk basikal tandem terpanjang dengan menambah lebih banyak pedal dan melengkapkan jarak.

Untuk pengetahuan, rekod seperti ini pernah dicatatkan berkali-kali sepanjang 60 tahun yang lalu. Rekod pertama adalah basikal yang dibina di Cologne, Jerman pada tahun 1965 yang berukuran 8 meter.

Malah, individu dari New Zealand, Itali, Belgium, Australia dan Belanda juga turut pernah menjadi pemegang rekod terbabit.

Sumber: Guinness World Records

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.