Siakap Keli
Malaysia Bakal Menjadi Tuan Rumah Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) Pertama Di Asia Tenggara
Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital), YBrs Tuan MA. Sivanesan A/L Marimuthu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), YBrs Encik Anuar Fariz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), YBhg Datuk Azman Ismail bersama para penaja dan rakan kongsi semasa acara pelancaran Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur (SCEKL) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Malaysia Bakal Menjadi Tuan Rumah Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) Pertama Di Asia Tenggara

Malaysia Bakal Menjadi Tuan Rumah Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) Pertama Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2025 – Malaysia hari ini mencatat satu lagi pencapaian penting dengan melancarkan kempen detik 100 hari menuju Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25). Ekspo ini merupakan edisi pertama di Asia Tenggara bagi acara global tersohor, Smart City Expo World Congress Barcelona yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Acara ini bakal meletakkan Malaysia sebagai hab utama bagi inovasi bandar pintar, transformasi digital, dan pembangunan bandar lestari di rantau ini.

SCEKL25 bakal berlangsung dari 17 hingga 19 September 2025 menerusi tema “AI Cities: Shaping Our Digital Future”, yang mencerminkan aspirasi negara untuk membangunkan bandar pintar yang inklusif dan mampan melalui teknologi terkini. Ekspo ini dianjurkan bersama oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Digital Nasional Berhad (DNB) dibawah seliaan Kementerian Digital, dan akan menghimpunkan pemimpin global, pelabur, inovator teknologi, dan penggubal dasar untuk meneroka bagaimana kecerdasan buatan (AI) serta teknologi baharu mengubah landskap kehidupan bandar di seluruh ASEAN.

Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo menyampaikan ucapan pembukaan beliau semasa pelancaran 100 Hari Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur (SCEKL) 2025 yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Berteraskan empat teras strategik — Bandar AI, Bandar Lestari dan Berdaya Tahan, Keusahawanan Digital dan Pembangunan Ekonomi, serta Pemerkasaan Komuniti melalui Penyelesaian Digital — SCEKL25 memperkukuhkan peranan utama Malaysia dalam memacu pembangunan bandar pintar. Pendekatan ini selari dengan aspirasi nasional untuk muncul sebagai negara pintar menjelang tahun 2040 seperti yang digariskan dalam Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4).

“SCEKL25 merupakan langkah strategik dalam menjadikan Malaysia sebagai hab digital serantau yang terkemuka. Ia membuka ruang bagi perbincangan transformasi masa depan inovasi bandar. Dengan ekonomi digital ASEAN yang sedang berkembang pesat, ekspo ini menjadi platform unik untuk mengetengahkan teknologi terkini dan memupuk dialog strategik tentang peranan AI dan transformasi digital dalam membentuk bandar masa depan,” ujar YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital.

Menyokong kenyataan tersebut, Anuar Fariz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, menyifatkan SCEKL25 sebagai pemangkin kepada bandar pintar di Asia Tenggara.

Dari kiri ke kanan: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), YBrs Encik Anuar Fariz Fadzil, Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital), YBrs Tuan MA. Sivanesan A/L Marimuthu dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), YBhg Datuk Azman Ismail semasa pelancaran rasmi 100 Hari Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur (SCEKL) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen negara untuk menerajui rantau ini dalam membangunkan bandar pintar yang inklusif, berdaya tahan dan mampan – di mana teknologi AI memperkasa rakyat dan menjadi pemacu gelombang transformasi bandar seterusnya.”

Sementara itu, Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif DNB, berkata, “Menjelang SCEKL25, DNB berbangga memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi bandar pintar dan berasaskan AI menerusi infrasturktur 5G di seluruh negara. Kesalinghubungan generasi baharu menjadi tulang belakang kepada inovasi, membolehkan penggunaan data masa nyata, sistem pintar dan penyelesaian bandar yang lestari untuk masa hadapan.”

Bersempena Kepengerusian ASEAN pada tahun ini, SCEKL25 akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh pelaksanaan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC) atau ASEAN Master Plan on Connectivity 2025, melalui jalinan fizikal, institusi dan rakyat merentasi negara-negara serantau. Ekspo ini dijangka menarik lebih daripada 2,000 delegasi dan 10,000 pengunjung, termasuk peserta antarabangsa, sekaligus merancakkan perdagangan, pelaburan langsung asing dan kerjasama rentas sempadan.

Antara rakan strategik utama yang diumumkan termasuk Diamond Partners – Dell Technologies dan Intel; Rakan Inovasi Rasmi – Huawei; serta Gold Partner – Ericsson. Rakan Strategik lain termasuk Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Malaysia Smart Cities Alliance (MSCA), Smart Cities Network dan Malaysia PropTech Association turut menunjukkan komitmen
kukuh dan bersepadu dalam memacu inovasi bandar pintar serta transformasi digital merentasi Malaysia dan rantau ASEAN.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.smartcityexpokl.com/

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.