Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

“Masih ada yang keliru,” – Fuziah Salleh Perjelas Isu Tong Gas Purple

“Masih ada yang keliru,” – Fuziah Salleh Perjelas Isu Tong Gas Purple

Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan penggunaan tong gas memasak berwarna ungu menjadi topik hangat dalam kalangan peniaga kecil dan pengguna di media sosial.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka masih dibenarkan menggunakan tong gas bersubsidi berwarna hijau. Ada juga yang keliru sama ada mereka perlu beralih kepada tong gas “purple” yang tidak menerima subsidi kerajaan.

Situasi ini menimbulkan pelbagai kekeliruan dan keresahan, terutamanya dalam kalangan peniaga kecil seperti penjaja makanan, pengusaha warung dan peniaga pasar malam.

Justeru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh tampil memberikan penjelasan ringkas menerusi laman Facebooknya.

“Makcik Kiah tak perlu pun guna tong purple”

Fuziah menjelaskan bahawa peniaga kecil masih dibenarkan menggunakan tong gas memasak berwarna hijau yang menerima subsidi daripada kerajaan, selagi mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

Masih ada yang keliru, jadi biar saya jelaskan dengan mudah.

Peniaga kecil macam Makcik Kiah masih boleh guna tong gas hijau (subsidi). Syaratnya, tidak lebih daripada 3 tong gas 14kg pada satu masa. (Jumlah maksima 42kg).

Ini bermakna, kalau Makcik Kiah guna 1 tong untuk goreng pisang, 1 untuk mee, 1 untuk air, Makcik Kiah masih layak guna tong hijau bersubsidi. Tak perlu tukar ke tong “purple”.

Tong gas “purple” (tanpa subsidi) hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang, hotel dan seumpamanya.

Dalam pada itu, Fuziah turut menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan analogi yang kurang tepat atau maklumat yang boleh mengelirukan rakyat.

Beliau menekankan bahawa tujuan utama kerajaan memperkenalkan sistem subsidi adalah untuk memastikan ia sampai kepada golongan yang benar-benar layak serta memerlukan.

“Jadi, janganlah kita takut-takutkan rakyat dengan info kurang tepat.

“Yang penting, bantuan kerajaan sampai kepada yang benar-benar layak dan subsidi terus dinikmati oleh golongan kecil dan sederhana,” katanya.

BACA: KPDN Perjelas Isu LPG Bersubsidi

Sumber: Fuziah Salleh/FB

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.