Siakap Keli
ejen ali 2 indonesia
Kredit: Ejen Ali

Ejen Ali The Movie 2 Bakal Tayang Di Indonesia

Ejen Ali The Movie 2 Bakal Tayang Di Indonesia

Syarikat animasi tempatan, WAU Animation mengumumkan filem terbaharu mereka, Ejen Ali The Movie 2: Satria Bangkit (EATM2) bakal ditayangkan di Indonesia bermula 27 Jun.

Berita tersebut diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Ejen Ali semalam.

“Perhatian Ejen di Indonesia. Filem animasi yang kalian tunggu akan ditayangkan di panggung wayang CGV mulai 27 Jun ini. Pekerjaan kita belum selesai. Tiba masanya untuk anda serbu pawagam di cuti sekolah ini bagi misi paling mendebarkan, penuh aksi dan emosi,” umum syarikat berkenaan.

Selain ditayangkan di Indonesia, filem berkenaan turut ditayangkan di Singapura bermula hari ini.

Terdahulu, filem EATM2 ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM40.6 juta dalam hanya 13 hari tayangan di Malaysia.

Angka ini hampir mencapai hasrat pengarahnya yang menyasarkan kutipan RM60 juta. Kutipan tersebut merupakan hasil jualan sebanyak 2.5 juta tiket tayangan di seluruh Malaysia termasuk dua hari tayangan awal.

Bersama kedua anaknya, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tampil memberi sokongan kepada industri animasi tempatan ini pada Selasa lalu. Tokoh Biduanita Negara tersebut turut memuji nilai moral yang terselit menerusi filem EATM2.

“Bawa Afwa dan Aafiyah menonton Ejen Ali. Bagi saya, filem Ejen Ali banyak mesej positif yang ditampilkan. Mengajar anak kita tentang disiplin, keberanian dan keyakinan diri. Ibu bapa boleh bawa seisi keluarga menonton bersama dalam musim cuti sekolah ini,” ujar beliau.

@toktitiktok

Bawak Afwa & Aafiyah menonton Ejen Ali .. #EjenAliTheMovie2 Bagi saya movie Ejen Ali banyak mesej positif yang di tampilkan, Mengajar anak kita tentang disiplin, keberanian dan keyakinan diri. Parents bolehla bawa seisi keluarga menonton bersama di musim cuti sekolah ni!

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Menerusi filem ini juga, beberapa nama tersohor turut ditampilkan bagi membawa muzik asal filem (OST) seperti Datuk Dr M Nasir yang membawakan lagu Hanya Kamu, Hael Husaini dengan lagu Penjuara dan kumpulan rock dari Indonesia, Nidji yang mendendangkan lagu Teman Sejati.

Satu lagi kejutan daripada WAU Animation menerusi filem EATM2 ini ialah penampilan istimewa Datuk Dr M Nasir sebagai pelakon suara bagi watak Cero. Lantunan suara seniman yang terkenal dengan lagu-lagu Nusantara ini sememangnya membawa kelainan aura,

Sumber: Ejen Ali

BACA: Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria Bukan Sekuel Biasa

BACA: Intel Terbaru: Ejen Ali The Movie Kembali Ke Pawagam & Perkenalkan Lagu Baharu Cuti Sekolah Ini

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.