Siakap Keli
sprm sita menara ilham
Gambar: Bernama

SPRM Sita Lagi Menara Ilham 

SPRM Sita Lagi Menara Ilham 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita bangunan Menara Ilham milik yang terletak di No. 8 Jalan Binjai, Kuala Lumpur hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, sitaan itu dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Sitaan ini berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bertarikh 4 Jun 2025.

“Menerusi Notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) di mana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi Notis ini merupakan suatu kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001,” maklum kenyataan itu.

Sebelum ini, SPRM telah menyita bangunan Menara Ilham pada Disember 2023 selepas dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.

Sumber: Facebook SPRM 

BACA: Peniaga Boleh Terus Guna Gas LPG Subsidi Sehingga Pindaan PPKB Dimuktamadkan – Armizan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.