Siakap Keli
cara lipat plastik tepung
Kredit: Jason Jezi

Cara Betul Lipat Plastik Tepung Supaya Tak Bersepah

Cara Betul Lipat Plastik Tepung Supaya Tak Bersepah

Setiap dapur pasti tersimpan sebungkus tepung yang sudah dibuka. Kebiasaannya, plastik tepung akan diikat semula menggunakan gelang getah. Kaedah ini memang berkesan kerana getah mampu mengikat plastik dengan kemas dan tidak mudah terbuka. Malah, plastik tepung jarang terkoyak kecuali jika tercucuk objek tajam atau terhempas.

Namun begitu, terdapat satu masalah biasa yang ramai hadapi ketika proses mengikat plastik. Lebihan tepung di ‘mulut’ plastik lebih mudah tersembur ketika dilipat atau ditekan. Keadaan ini boleh mengotorkan tangan, meja, lantai serta baju. Lebih memeningkan jika ia berlaku ketika anda tergesa-gesa mengemas dapur selepas memasak.

Oleh itu, ramai mula mencari cara alternatif untuk menyimpan tepung dengan lebih kemas.

Bagi yang tidak mempunyai ruang untuk menyimpan banyak bekas bagi mengisi tepung yang tidak habis dipakai, anda tidak perlu runsing lagi. Seorang pempengaruh tempatan, Jason Jezi berkongsi cara melipat plastik tepung yang lebih mudah dan kemas. Tiada lagi tepung berselerak dan tersembur keluar ketika mengemas dapur.

Cara lipat plastik tepung

Pertama sekali, padatkan tepung di bahagian bawah plastik. Kemudian, lipat lebihan plastik ke depan sepenuhnya. Pastikan tiada ruang udara di bahagian dalam plastik.

cara lipat plastik tepung
Kredit: Jason Jezi

Kemudian, lipat separuh ke belakang seperti gambar di bawah. Sentiasa pastikan tiada ruang udara terperangkap di dalam plastik ketika melipat.

Kredit: Jason Jezi

Seterusnya, lipat ke dalam bahagian tepi kiri dan kanan plastik. Pastikan lipatan padat.

lipat bahagian tepi plastik tepung
Kredit: Jason Jezi

Akhir sekali, lipat lebihan plastik ke depan dan selit ke dalam ruang yang terbentuk di bahagian tengah lipatan.

Kredit: Jason Jezi

Rujuk gambar di bawah untuk melihat ruang yang terbentuk di bahagian tengah plastik tepung.

Kredit: Jason Jezi

Gambar di bawah menunjukkan hasil akhir lipatan plastik tepung yang tersemat elok.

Kredit: Jason Jezi

Cara lipatan ini bukan hanya dapat mengelakkan tepung dari berterbangan ketika proses menutup plastik, malah dapat mengelakkan daripada tepung tertumpah dan berselerak. Selamat mencuba.

Untuk lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber: Jason Jezi

BACA: Rupanya Ini Tip Mudah Rebus Nasi Himpit, Jimat Masa

BACA: Cara Masak Sup Tulang Pekat Berempah Raya Haji

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.