Siakap Keli
chagpt gangguan global
Kredit: Justin Tallis/AFP

ChatGPT Alami Gangguan Global, Pengguna Terima Mesej Ralat

ChatGPT Alami Gangguan Global, Pengguna Terima Mesej Ralat

Pengguna ChatGPT di seluruh dunia melaporkan gangguan terhadap perkhidmatan aplikasi popular itu, apabila mereka menerima pelbagai mesej ralat semasa cuba mengakses sistem tersebut.

Pemeriksaan rambang menunjukkan mesej seperti Error in message stream, Too many concurrent requests, dan Hmm… Something seems to have gone wrong sebagai antara mesej paling kerap diterima pengguna apabila mereka memberi arahan kepada aplikasi berkenaan.

Pembangun ChatGPT, OpenAI, turut mengesahkan gangguan itu menerusi laman status mereka dan memaklumkan bahawa mereka telah menerima beberapa laporan berkaitan kependaman (latency) dalam sistem.

“Sesetengah pengguna mengalami kadar ralat dan kependaman yang tinggi merentasi perkhidmatan yang disenaraikan. Kami sedang menyiasat perkara berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Selain ChatGPT, perkhidmatan lain oleh OpenAI termasuk API dan aplikasi pencipta video, Sora, turut dilaporkan mengalami gangguan yang sama selama beberapa jam.

Berdasarkan tinjauan terkini, aplikasi berkenaan kini sudah boleh digunakan seperti biasa.

Dalam kemas kini seterusnya, OpenAI memaklumkan bahawa gangguan berkenaan menyebabkan prestasi menurun dan siasatan masih dijalankan ke atas semua perkhidmatan yang disenaraikan.

Gangguan ini dilaporkan berlaku di pelbagai negara, termasuk di India di mana 85 peratus pengguna melaporkan masa henti, serta di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dengan lebih 1,000 pengguna mengalami masalah menggunakan ChatGPT.

Sebuah laman sesawang yang yang memantau lonjakan laporan gangguan pengguna, DownDetector, turut melaporkan masalah berkaitan aplikasi berkenaan sama ada di laman sesawang atau melalui aplikasi mudah alih.

Menurut Times of India, kira-kira 90 peratus kelewatan yang dilaporkan melibatkan pengguna yang mengakses aplikasi berkenaan melalui laman web. Baki 10 peratus lagi menggunakan aplikasi mudah alih.

Gangguan ini turut mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial terutamanya di laman X. Ramai pengguna berkongsi luahan emosi susulan kebergantungan mereka terhadap aplikasi tersebut dalam kehidupan peribadi dan profesional.

“Chatgpt alami gangguan jadi… bagaimana saya nak balas emel kerja saya?” Soal seorang pengguna X yang bekerja dalam sektor korporat.

“ChatGPT mengalami gangguan sekarang, saya cuma seorang pembina tindanan penuh yang tidak tahu langsung berkenaan HTML,” ujar seorang lagi.

Pelbagai meme turut tular di beberapa platform media sosial susulan gangguan ini, menggambarkan tahap kebergantungan warga maya terhadap kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas.

Sumber: Kenyans

BACA: Dakwaan Jalan Raya Di Lokasi Kemalangan Rosak Tidak Benar – Ahmad Maslan

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.