Siakap Keli
MALAYSIA, 10 JUN 2025 – MapleBear, peneraju global dalam pendidikan dwibahasa dan antarabangsa, mengumumkan perancangan penambahan bilangan cawangannya di Malaysia sebagai strategi sempadan bagi mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara. Pengembangan ini sejajar dengan pelan pertumbuhan serantau MapleBear, yang mempergiat usaha menyediakan pendidikan berkualiti tinggi beriktiraf global kepada pasaran membangun di Asia Pasifik. Langkah ini selaras dengan misi MapleBear bagi melahirkan penduduk global dengan melengkapkan para pelajar bukan sahaja dalam kecemerlangan akademik dan kefasihan dwibahasa, malah kemahiran insaniah yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia semakin saling berkait. Memenuhi Permintaan Pendidikan Berkualiti Di Malaysia Melalui Pertumbuhan Serantau Sehingga Oktober 2024, Malaysia menempatkan 120,183 profesional ekspatriat, terutama dalam sektor teknologi maklumat dan perkhidmatan profesional, termasuk 27,460 warganegara China. Golongan ekspatriat ini menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pendidikan bertaraf dunia dan diiktiraf secara global untuk anak-anak mereka. Dengan nilai pelaburan asing melebihi RM170 bilion pada tahun 2024 serta peruntukan rekod RM64.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan di bawah Belanjawan 2025, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah negara, Malaysia sedang memposisikan diri sebagai hab pendidikan berdaya saing pada masa hadapan. Selaras perkembangan Malaysia ke arah wawasan global, semakin ramai ibu bapa mengutamakan pendidikan dwibahasa yang menggabungkan modul antarabangsa dengan nilai tempatan. “Malaysia adalah pasaran pertumbuhan utama kami, didorong ekonomi dinamik, permintaan terhadap inovasi, serta minat kukuh keluarga terhadap pendidikan bertaraf dunia yang bersifat dwibahasa dan antarabangsa,” ujar Patricia Koh, Ketua Pegawai Eksekutif MapleBear Asiawide. “Dengan operasi di 40 negara dan kehadiran kukuh di Asia Tenggara — termasuk 58 sekolah di Singapura—MapleBear memiliki kedudukan unik untuk menawarkan piawaian akademik cemerlang sambil memanfaatkan sinergi operasi bagi memenuhi keperluan pelajar dan harapan ibu bapa,” tambah Koh. MapleBear menyasarkan penambahan sebanyak 40 cawangan di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030. Pelan pengembangan bercita-cita tinggi ini merangkumi program daripada prasekolah hingga peringkat K-12 penuh, mencerminkan komitmen jenama bagi memudahkan akses keluarga Malaysia kepada pendidikan dwibahasa berkualiti. Strateginya menekankan penglibatan komuniti, integrasi serantau, serta perkongsian tempatan mampan, demi memastikan pertumbuhan memberi nilai jangka panjang kepada pelajar, keluarga, dan pendidik. Melalui kerjasama strategik dan peluang francais, MapleBear aktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan tempatan bagi merangka penyelesaian pendidikan selari keperluan dinamik Malaysia. “Kami komited melahirkan generasi masa depan berdaya saing melalui pembelajaran dwibahasa yang mendalam, sekaligus membekalkan kompetensi global untuk berkembang di peringkat tempatan dan antarabangsa,” tambah Koh. Melahirkan Pelajar Masa Depan melalui Pendidikan Dwibahasa Bertaraf Dunia Dengan hampir 70,000 pelajar di lebih 40 negara, MapleBear merangka struktur pendidikan melalui model berintegriti tinggi yang menggabungkan ketelitian akademik Kanada dan kecemerlangan pedagogi Singapura. Kurikulumnya merangkumi prasekolah hingga menengah atas, menganugerahkan Diploma Sekolah Menengah Kanada (OSSD) dan/atau sijil tempatan beriktiraf mengikut lokasi. MapleBear berhasrat membina asas kukuh dan kompetensi global melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, mendorong pelajar mengarah masa depan sendiri. Model perendaman dwibahasanya membolehkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa kedua secara seimbang, dalam masa yang sama mengasah kemahiran kepimpinan, kreativiti, serta penyelesaian masalah yang kritikal untuk pelajar abad ke-21. Berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman dan permainan, program MapleBear menyemai rasa ingin tahu, kerjasama dan keupayaan membuat keputusan dalam kalangan pelajar. Para pendidik MapleBear juga perlu menjalani latihan intensif dengan sokongan berterusan, memastikan pelaksanaan kurikulum memenuhi piawaian antarabangsa sambil mengekalkan adaptasi konteks budaya dan pendidikan tempatan. Dengan pelan pengembangan bercita-cita tinggi dan komitmen teguh terhadap kecemerlangan, MapleBear berazam memainkan peranan signifikan dalam membentuk landskap pendidikan Malaysia. Melalui penyampaian kurikulum dwibahasa beriktiraf global berteraskan inovasi dan keterangkuman, MapleBear bukan sekadar memenuhi keperluan keluarga moden, malah membentuk generasi baharu warganegara global yang yakin dan bersedia menyongsong masa depan.
Gambar Hiasan

MapleBear Tambah Cawangan Di Malaysia Bagi Menampung Permintaan Pendidikan Global Dwibahasa Yang Semakin Meningkat

MapleBear Tambah Cawangan Di Malaysia Bagi Menampung Permintaan Pendidikan Global Dwibahasa Yang Semakin Meningkat

MALAYSIA, 10 JUN 2025 – MapleBear, peneraju global dalam pendidikan dwibahasa dan antarabangsa, mengumumkan perancangan penambahan bilangan cawangannya di Malaysia sebagai strategi sempadan bagi mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara.

Pengembangan ini sejajar dengan pelan pertumbuhan serantau MapleBear, yang mempergiat usaha menyediakan pendidikan berkualiti tinggi beriktiraf global kepada pasaran membangun di Asia Pasifik.

Langkah ini selaras dengan misi MapleBear bagi melahirkan penduduk global dengan melengkapkan para pelajar bukan sahaja dalam kecemerlangan akademik dan kefasihan dwibahasa, malah kemahiran insaniah yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia semakin saling berkait.

Memenuhi Permintaan Pendidikan Berkualiti Di Malaysia Melalui Pertumbuhan Serantau

Sehingga Oktober 2024, Malaysia menempatkan 120,183 profesional ekspatriat, terutama dalam sektor teknologi maklumat dan perkhidmatan profesional, termasuk 27,460 warganegara China. Golongan ekspatriat ini menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pendidikan bertaraf dunia dan diiktiraf secara global untuk anak-anak mereka.

Dengan nilai pelaburan asing melebihi RM170 bilion pada tahun 2024 serta peruntukan rekod RM64.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan di bawah Belanjawan 2025, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah negara, Malaysia sedang memposisikan diri sebagai hab pendidikan berdaya saing pada masa hadapan.

Selaras perkembangan Malaysia ke arah wawasan global, semakin ramai ibu bapa mengutamakan pendidikan dwibahasa yang menggabungkan modul antarabangsa dengan nilai tempatan.

Malaysia adalah pasaran pertumbuhan utama kami, didorong ekonomi dinamik, permintaan terhadap inovasi, serta minat kukuh keluarga terhadap pendidikan bertaraf dunia yang bersifat dwibahasa dan antarabangsa,” ujar Patricia Koh, Ketua Pegawai Eksekutif MapleBear Asiawide.

Dengan operasi di 40 negara dan kehadiran kukuh di Asia Tenggara — termasuk 58 sekolah di Singapura—MapleBear memiliki kedudukan unik untuk menawarkan piawaian akademik cemerlang sambil memanfaatkan sinergi operasi bagi memenuhi keperluan pelajar dan harapan ibu bapa,” tambah Koh.

MapleBear menyasarkan penambahan sebanyak 40 cawangan di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030. Pelan pengembangan bercita-cita tinggi ini merangkumi program daripada prasekolah hingga peringkat K-12 penuh, mencerminkan komitmen jenama bagi memudahkan akses keluarga Malaysia kepada pendidikan dwibahasa berkualiti.

Strateginya menekankan penglibatan komuniti, integrasi serantau, serta perkongsian tempatan mampan, demi memastikan pertumbuhan memberi nilai jangka panjang kepada pelajar, keluarga, dan pendidik.

Melalui kerjasama strategik dan peluang francais, MapleBear aktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan tempatan bagi merangka penyelesaian pendidikan selari keperluan dinamik Malaysia.

“Kami komited melahirkan generasi masa depan berdaya saing melalui pembelajaran dwibahasa yang mendalam, sekaligus membekalkan kompetensi global untuk berkembang di peringkat tempatan dan antarabangsa,” tambah Koh.

Melahirkan Pelajar Masa Depan melalui Pendidikan Dwibahasa Bertaraf Dunia

Dengan hampir 70,000 pelajar di lebih 40 negara, MapleBear merangka struktur pendidikan melalui model berintegriti tinggi yang menggabungkan ketelitian akademik Kanada dan kecemerlangan pedagogi Singapura. Kurikulumnya merangkumi prasekolah hingga menengah atas, menganugerahkan Diploma Sekolah Menengah Kanada (OSSD) dan/atau sijil tempatan beriktiraf mengikut lokasi.

MapleBear berhasrat membina asas kukuh dan kompetensi global melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, mendorong pelajar mengarah masa depan sendiri. Model perendaman dwibahasanya membolehkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa kedua secara seimbang, dalam masa yang sama mengasah kemahiran kepimpinan, kreativiti, serta penyelesaian masalah yang kritikal untuk pelajar abad ke-21.

Berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman dan permainan, program MapleBear menyemai rasa ingin tahu, kerjasama dan keupayaan membuat keputusan dalam kalangan pelajar. Para pendidik MapleBear juga perlu menjalani latihan intensif dengan sokongan berterusan, memastikan pelaksanaan kurikulum memenuhi piawaian antarabangsa sambil mengekalkan adaptasi konteks budaya dan pendidikan tempatan.

Dengan pelan pengembangan bercita-cita tinggi dan komitmen teguh terhadap kecemerlangan, MapleBear berazam memainkan peranan signifikan dalam membentuk landskap pendidikan Malaysia. Melalui penyampaian kurikulum dwibahasa beriktiraf global berteraskan inovasi dan keterangkuman, MapleBear bukan sekadar memenuhi keperluan keluarga moden, malah membentuk generasi baharu warganegara global yang yakin dan bersedia menyongsong masa depan.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.