Siakap Keli
Aksi Memuncak di Dalam dan Luar Padang Bersama Kejohanan 3v3 'Legendary Together' Anjuran Tiger Balm!
Gambar Hiasan

Aksi Memuncak di Dalam dan Luar Padang Bersama Kejohanan 3v3 ‘Legendary Together’ Anjuran Tiger Balm!

Aksi Memuncak di Dalam dan Luar Padang Bersama Kejohanan 3v3 ‘Legendary Together’ Anjuran Tiger Balm!

Kuala Lumpur, 11 Jun 2025 – Aksi bola sepak kembali menghangatkan gelanggang dan suasana apabila Tiger Balm secara rasmi melancarkan Legendary Together 3v3, sebuah kejohanan futsal selama lima hari yang terbuka kepada semua peminat sukan ini. Dianjurkan oleh Tiger Balm, acara ini terbuka kepada semua peminat bola sepak tanahair— satu peluang untuk anda turun ke padang dan
membentuk pasukan 3 orang bersama rakan atau ahli keluarga untuk membuktikan kemahiran anda dalam kejohanan 3 lawan 3 yang penuh aksi ini.

Dengan format 3-lawan-3, peserta hanya perlu membentuk pasukan tiga orang bersama rakan atau ahli keluarga untuk menguji kemahiran masing-masing dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Kejohanan ini akan berlangsung dari 11 hingga 15 Jun 2025 di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Tiger Balm amat teruja untuk membawakan kejohanan Legendary Together 3v3 ke Malaysia sebagai sebuah platform istimewa untuk para peminat bola sepak menonjolkan bakat, menyemarakkan semangat kesukanan, dan menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif. Lebih menarik, kejohanan ini turut menjanjikan ganjaran utama yang luar biasa dimana pasukan juara bakal memenangi percutian 5 hari 3 malam ke Munich, Jerman, untuk menyaksikan perlawanan FC Bayern Munich secara langsung di Allianz Arena.

Pengalaman ini bukan sahaja mencetuskan semangat persaingan yang sihat, malah menyatukan rakyat Malaysia menerusi semangat kesukanan. Selain daripada menyaksikan perlawanan diantara pasukan-pasukan futsal tempatan yang mendebarkan, pengunjung ke acara ini boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran interaktif, sudut bergambar eksklusif, serta menikmati promosi dan hadiah istimewa daripada Tiger Balm.

Sebagai jenama yang dipercayai sejak lebih 100 tahun, Tiger Balm terus menjadi pilihan utama untuk melegakan sakit otot dan sendi. Ramuan herba semula jadinya terbukti selamat dan berkesan. Produk Tiger Balm hadir dalam pelbagai bentuk seperti plaster hidrogel, gel sebelum dan selepas senaman, krim serta balsem sapuan – sesuai digunakan oleh atlet profesional mahupun amatur.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai kejohanan ini, sila ikuti saluran media sosial rasmi Tiger Balm.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.