Siakap Keli
Dhiya Addin dan Jurulatih Yong berbual semasa acara MILO Hidup Bola.

Milo® Hidup Bola 20 Tahun Membentuk Juara Futsal

Milo® Hidup Bola 20 Tahun Membentuk Juara Futsal

Karnival MILO® Hidup Bola pada hari ini berbangga untuk meraikan ulang tahun ke-20 memperkasakan belia Malaysia menerusi permainan futsal yang sungguh pantas dan mendebarkan, menjadikannya program futsal belia paling lama dianjurkan. Sejak bermula secara kecil-kecilan pada 2005, program tersebut telah memperkenalkan 200,000 kanak-kanak kepada permainan indah ini, bukan sahaja demi memenuhi potensi mereka sebagai atlet, tetapi juga mempelajari nilai-nilai yang boleh dimanfaatkan di luar gelanggang.

Program futsal terulung negara telah melahirkan bintang bolasepak dan futsal kebangsaan yang memperakui bahawa MILO® Hidup Bola telah membantu membina landasan bagi kerjaya mereka, dan kini mereka berbangga untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Dengan menggabungkan pembangunan kemahiran teknikal dengan nilai-nilai seperti kerjasama sepasukan, daya tahan dan disiplin, MILO® Hidup Bola mencerminkan keyakinan bahawa “Sukan Adalah Guru Terbaik,” memberi panduan kepada pemain muda untuk mencapai impian mereka di dalam dan luar gelanggang.

Jurulatih Yong dan kanak-kanak melakukan pemanasan dengan latihan futsal di gelanggang.

Warisan Juara

Sejak dari mula lagi, matlamat MILO® Hidup Bola ialah untuk mengenal pasti dan menyemai bakat-bakat baharu. Sebagai bekas ketua jurulatih pasukan futsal lelaki kebangsaan Malaysia, Chiew Chun Yong, yang lebih mesra dengan panggilan Coach Yong, mengimbas kembali, “Saya telah melihat sendiri bukti keberkesanan program ini. Ramai pemain yang bermula di acara MILO® Hidup Bola kini sedang bermain di Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL). Malah ada yang telah berjaya terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak negara.” Falsafah beliau—bahawa sukan membina jati diri—telah membentuk asas bagi banyak program dan memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk menjadi jurulatih sukarelawan, membina komuniti penyokong yang berdaya maju. “MILO® Hidup Bola ialah sebuah platform yang hebat – tanpanya ramai kanak-kanak tiada peluang untuk mendapat bimbingan jurulatih atau menyertai pertandingan. Kekuatan mental mereka diperkukuh terutamanya dalam pertandingan sebenar—mereka bermain dengan penuh minat, semangat dan kesungguhan.”

“Apabila saya mengambil bahagian buat kali pertama pada 2015 untuk membantu membangunkan modul dan program latihan bagi Kem Juara MILO®, kami memberi tumpuan terhadap teknik asas bagi kanak-kanak yang belum pernah menendang bola. Melihatkan budak berusia tujuh tahun berkembang maju menjadi seorang atlet yang yakin dan berdisiplin merupakan ganjaran yang amat memuaskan,” kata Yong.

Jurulatih Yong dan Dhiya Addin berjalan bersama semasa majlis perasmian acara MILO Hidup Bola.

Antara alumni MILO® Hidup Bola yang paling terkenal ialah Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Nur Alya Marissa Binti Nur Al Fatah. Perjalanan mereka daripada menyertai klinik futsal tempatan kepada wakil negara menunjukkan apa yang dapat dicapai berkat dedikasi dan kesungguhan. Nik Akif kini menjadi tunggak pertahanan Penang FC, manakala Nur Alya Marissa telah diberi penghormatan untuk menyertai pertandingan

futsal antarabangsa. Kejayaan mereka diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan seperti Azri Ghani dari KL City, Arif Aiman dari JDT FC, Shivan Pillay dari Perak FC dan Feroz Baharudin dari JDT FC, yang masing-masing mula mengasah bakat di gelanggang MILO® Hidup Bola.

Bagi ramai alumni, pengaruh MILO® Hidup Bola menjangkaui gelanggang futsal Malaysia. Nur Dhiyaa Addin, telah dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Wanita Nasional 2024 baru-baru ini. Beliau merupakan antara 24 pemain yang terpilih menerusi klinik Kem Juara MILO: Edisi FC Barcelona. Malah beliau masih ingat dengan jelas kunjungannya ke Barcelona pada 2018. “Peluang berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih Barcelona selama sebelas hari sungguh luar biasa—tumpuan taktikal terhadap kaedah Tiki-Taka, cuaca lebih sejuk, keamatan setiap sesi memang amat bermanfaat. Apabila saya rasa situasi terlalu mencabar, saya mengingat kembali cogan kata MILO pada waktu itu, ‘Takkan Gentar’, supaya jangan mengaku kalah, untuk memastikan saya terus berjuang. Setiap minggu klinik mengajar kemahiran baharu, membina asas bagi kerjaya profesional saya.” Dengan harapan satu hari ini untuk mencungkil dan menyemai bakat-bakat masa depan, nasihatnya kepada generasi akan datang ialah, “Jangan mengaku kalah. Bakat sahaja tidak cukup – anda perlukan disiplin, kerja keras dan sifat rendah diri untuk berjaya. Manfaatkan setiap peluang, dengar nasihat jurulatih dan jangan segan untuk bertanyakan soalan untuk memperbaiki diri.”

Dhiya Addin dan seorang peserta muda memasuki gelanggang bersama dengan senyuman dan penuh keterujaan untuk MILO Hidup Bola.

“Kami sentiasa menekankan bahawa futsal adalah sukan berpasukan. Walaupun teknik individu penting, segalanya perlu dilakukan demi kepentingan pasukan. Saya sering mengingatkan mereka: jangan cuba jadi hero solo. Gunakan kemahiran anda untuk menyokong rakan sepasukan anda. Saya juga memberi tumpuan kepada kefahaman permainan—taktik, kedudukan, dan pergerakan. Kami melatih mereka untuk bermain, menyerang, bertahan dan menyokong satu sama lain sebagai satu pasukan. Di situlah kita akan menimba pengajaran hidup seperti komunikasi, kerjasama dan tanggungjawab,” tambah Coach Yong.

Menilai impak MILO® Hidup Bola selama dua dekad, Lim Kerwin, Ketua Pemasaran Sukan, MILO®, Nestlé Malaysia, menekankan komitmen jenama untuk jangka panjang, “Kami percaya setiap kanak-kanak layak memendam impian. Dengan menyediakan bimbingan jurulatih berkualiti, persaingan sihat dan pengalaman yang membina jati diri, MILO® Hidup Bola melabur dalam masa depan sukan dan juga pemimpin masa depan negara. Komitmen kami tidak berbelah bahagi: untuk memastikan komuniti futsal, baik jurulatih, atlet mahupun ibu bapa, menyedari kepentingan sukan untuk generasi akan datang dan memupuk bakat sejak dari usia muda.”

Untuk menyertai sambutan dan menyokong pemain muda kegemaran anda, layari https://www.milo.com.my/get-active/milo-hidup-bola bagi mendapatkan tarikh pertandingan, pendaftaran pasukan dan keputusan perlawanan.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.