Siakap Keli
pensyarah upsi pilu
Kredit: Zulfiqar Shah A. Hadi/FB 

Pensyarah UPSI Gagal Tahan Tangis, Suasana Pilu Kuliah Pagi Undang Sebak 

Pensyarah UPSI Gagal Tahan Tangis, Suasana Pilu Kuliah Pagi Undang Sebak

Ada pelajar yang pulang ke kampus dengan perasaan teruja, tak sabar nak jumpa kawan-kawan dan sambung belajar seperti biasa.

Ada juga yang rindu suasana bilik kuliah, tempat gelak tawa, tempat berkongsi cerita dan tempat menimba ilmu daripada pensyarah yang mereka hormati.

Tapi, pagi yang sepatutnya ceria di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim bertukar menjadi suram apabila berita duka menyelimuti kampus tersebut.

Seorang pensyarah, Zulfiqar Shah A. Hadi, tidak dapat menahan air mata ketika mengenang pelajar-pelajar yang terlibat dalam satu tragedi menyayat hati baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkongsi suasana kuliah pagi itu yang sangat berbeza dan pilu.

Wajah sugulnya dalam sebuah video turut mencerminkan rasa kehilangan yang mendalam sebagai seorang pendidik terhadap anak-anak didiknya.

“Lima mahasiswi dari Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) UPSI terlibat dalam kemalangan ini.

“Dua telah meninggal dunia, seorang cedera kritikal (pembedahan kepala), seorang lagi cedera parah (dalam rawatan), manakala seorang lagi patah tangan,” tulisnya.

UPSI berduka

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, Perak.

Sebuah bas persiaran yang disewa khas oleh pelajar UPSI bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Dalam nahas itu, seramai 13 pelajar UPSI disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi maut ketika menerima rawatan.

Suasana kampus kini dipenuhi kesedihan. Ramai pelajar yang sebelum ini teruja untuk kembali ke kampus, bertemu rakan dan pensyarah, kini dibayangi duka.

Kuliah yang dahulunya penuh gelak tawa bertukar hening, seolah-olah seluruh UPSI sedang berkabung.

Marilah kita semua bersama-sama mendoakan agar mangsa-mangsa yang terlibat diberikan kesejahteraan, dan ahli keluarga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Semoga tragedi ini menjadi iktibar buat kita semua.

BACA: Nahas Pelajar UPSI: Nurly Shahirah Hafaz 30 Juzuk, Tulis Tangan Al-Quran Demi Kuatkan Hafalan

BACA: Jambangan Bunga Hadiah Terakhir Adib Kepada Ibu

BACA: Arwah Sempat Masak Mi Celup Untuk Keluarga – Abang Mangsa Kemalangan Bas Gerik

Sumber: Zulfiqar Shah A. Hadi/FB

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.