Gardenia ‘Fuel Your Success’ Program Jelajah Universiti Sasar Beri Inspirasi Kepada 120,000 Mahasiswa
UiTM Puncak Alam, 12 Jun 2025 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) telah melancarkan ‘Fuel Your Success – One Bite At A Time’, merupakan sebuah program jelajah universiti yang bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada mahasiswa dalam pelbagai aspek kehidupan di universiti dari segi pengurusan masa, pengendalian tekanan, dan kemahiran komunikasi menerusi sesi perkongsian bersama selebriti tanah air Najwa Latif tdi samping memperkenalkan produk Ready-to-Eat (RTE) daripada Gardenia. Program ini disampaikan dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan, direka khas untuk generasi muda yang dinamik.
Program Pelancaran Gardenia ‘Fuel Your Succes – One Bite At A Time’ bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam,telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hirman bin Awang, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi,(JPT) dengan diiringi oleh Pn. Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL), serta diserikan lagi dengan penampilan selebriti yang cukup dekat dengan mahasiswa iaitu Najwa Latif, penyanyi dan komposer terkenal, yang juga merupakan pensyarah UiTM.
Najwa Latif juga akan turut menjelajah bersama Gardenia ke 10 universiti di Semenanjung Malaysia untuk berkongsi pengalaman peribadi beliau dan strategi praktikal untuk mengharungi cabaran kehidupan di kampus. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada 120,000 orang mahasiswa di 10 lokasi sepanjang pelaksanaannya. Mahasiswa berpeluang untuk mendapatkan produk Gardenia RTE secara percuma, kupon diskaun eksklusif, serta barangan (merchandise) menarik daripada Gardenia.
“Kami percaya bahawa kejayaan bermula dengan pilihan kecil yang bijak, termasuk dalam aspek pemakanan,” kata Pn. Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL). “Melalui program ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk Gardenia Ready-to-Eat yang mudah dan digemari para pelajar, malah turut dikenali sebagai jenama yang menyokong kesejahteraan mental, fizikal, dan emosi para pelajar. Kami akan terus berusaha memperkenalkan lebih banyak pilihan produk yang enak dan berkhasiat dari masa ke semasa. Nantikan kemunculan dan pelancaran produk baharu kami yang akan menampilkan dua persia yang rasa berbeza tetapi membawa kecerian pada hari anda! Dan sudah pasti produk keluaran baharu tersebut ditawarkan pada harga yang berpatutan buat peminat dan pelanggan setia kami..” tambah beliau lagi.
YBrs. Encik Hirman bin Awang, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, berkata, “KPT menyokong dan menghargai inisiatif daripada Gardenia untuk memberi sokongan dan galakan kepada mahasiswa agar mereka kekal bermotivasi dalam pelajaran. Kami amat mengalu-alukan Gardenia untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini di universiti untuk membantu melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran insaniah yang seimbang.”
Gardenia ‘Fuel Your Success – One Bite At A Time’ telah berlangsung sejak April lalu dan dijadualkan tamat menjelajah ke lokasi terakhir menjelang Ogos nanti. Kandungan utama program adalah sesi perkongsian berdurasi dua jam bersama Najwa Latif, di mana beliau akan berkongsi pandangan serta pengalaman berharga mengenai Pengurusan Masa, Pengurusan Tekanan, dan Kemahiran Komunikasi, yang diakhiri dengan sesi kuiz spontan di mana pelajar berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Jelajah Universiti Gardenia ‘Fuel Your Success – One Bite At A Time’
NO | TARIKH | NEGERI | UNIVERSITI |
1 | 26 Apr | Selangor | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
2 | 17 Mei | Kuala Lumpur | Universiti Malaya (UM) |
3 | 24 Mei | Negeri Sembilan | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
4 | 12 Jun | Selangor | Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam |
5 | 21 Jun | Pulau Pinang | Universiti Sains Malaysia (USM) |
6 | 5 Jul | Perlis | Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) |
7 | 2 Ogos | Pahang | Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMP) |
8 | 9 Ogos | Johor | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) |
9 | 16 Ogos | Selangor | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
10 | 23 Ogos | Kuala Lumpur | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |