Ramai Salah Faham, Peguam Jelaskan Kenapa Tertuduh Mengaku Tak Bersalah
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata. Namun, apabila dihadapkan ke mahkamah, individu berkenaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Hakim menetapkan tarikh perbicaraan dan membenarkan jaminan sementara menunggu kes disebut semula.
Contoh situasi seperti di atas sering menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.
“Kenapa masih tak mengaku salah sedangkan ada bukti rakaman video?”
Persoalan ini bukan sesuatu yang pelik, malah sering dibahaskan di media sosial. Ramai tidak tahu bahawa pengakuan tidak bersalah bukan bermaksud pesalah cuba menipu atau melarikan diri daripada hukuman.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, ikuti penjelasan peguam, Mufarwa Farid di bawah. Semoga persoalan anda mengenai hal ini terjawab.
Mengaku tidak bersalah bukan bermakna dia menipu
Bila seseorang itu tak mengaku salah, bukanlah maksud dia menipu mahkamah. Ia bermaksud, dia minta untuk dibicarakan. Ayat ‘tak mengaku bersalah’ itu sebenarnya bermaksud ‘saya nak dibicarakan’.
Kalau tak mengaku bersalah, akan berlakulah proses perbicaraan yang makan masa berbulan-bulan. Bila kes dibicarakan, dia ada peluang untuk kurangkan hukuman. Dia ada peluang untuk bela diri, supaya tidak dihukum dengan hukuman yang terlalu tinggi.
Berbanding dengan dia terus mengaku, biasanya hukuman terus dijatuhkan pada waktu itu juga. Peluang untuk bela diri sangat-sangat terhad.
Hak tidak mengaku bersalah ini adalah hak semua orang. Miskin ke, pertengahan ke, kaya ke, apabila dihadapkan di Mahkamah, mereka akan ditanya sama ada nak mengaku atau tidak.
Dalam pada masa yang sama, kebanyakan pesalah boleh bayar jamin untuk keluar sementara menunggu hari-hari perbicaraan seterusnya. Ada kesalahan yang boleh jamin, ada yang tak boleh.
Hanya orang yang ditangkap di bawah SOSMA, ISA dan POCA sahaja tidak mendapat hak ini.
Sumber: Mufarwa Farid
BACA: Jenis Penghadang Jalan Digunakan Di Luar Negara
BACA: Bas, Kenderaan Berat Wajib Guna SLD Bermula 1 Okt – Loke