Siakap Keli
Air Selangor Rangkul Emas dan Gangsa di Hastag Asia Awards 2025

Air Selangor Rangkul Emas dan Gangsa di Hastag Asia Awards 2025

Air Selangor Rangkul Emas dan Gangsa di Hastag Asia Awards 2025

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025 – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada hujung minggu lalu telah merangkul satu anugerah emas dan satu anugerah gangsa dalam dua kategori berbeza di Hashtag Asia Awards 2025 yang diadakan pada 13 Jun 2025 di Sofitel Singapore City Centre, Singapura. Hashtag Asia Awards merupakan sebuah anugerah tahunan berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan organisasi dalam bidang media sosial di seluruh Asia.

Pada majlis tersebut, Air Selangor berjaya meraih anugerah emas dalam kategori Best Social Media Crisis Management (Pengurusan Krisis Media Sosial Terbaik) menerusi kempen Pelan Tindakan Kecemasan (ERP), serta anugerah gangsa dalam kategori Best Social Media Analytics and Insights (Analitik dan Cerapan Media Sosial Terbaik) menerusi kempen Video Perayaan Air Selangor 2024 – Sayang.

Kempen ERP ini telah memenangi anugerah tersebut untuk kali yang kedua berturut-turut, sekaligus membuktikan kecemerlangan Air Selangor dalam menguruskan krisis secara efektif menerusi sosial media.

Sementara itu, Kempen Video Perayaan 2024 – Sayang yang turut meraih anugerah ini mencerminkan komitmen Air Selangor dalam mengangkat komunikasi yang berkesan dan bermakna kepada rakyat Malaysia. Konsep kempen ini mengetengahkan semangat perpaduan serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya Malaysia melalui pendekatan kreatif dan dekat di hati rakyat, melalui siri video kreatif sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari Kebangsaan.

Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, “Kami berbesar hati menerima anugerah berprestij Hashtag Asia Awards ini. Sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, kami memahami bahawa air bukan sahaja penting untuk keperluan seharian, malah ia merupakan intipati bagi sesebuah kehidupan. Strategi pengurusan krisis ERP Air Selangor telah berkesan membuktikan keupayaan kami dalam menyampaikan maklumat penting secara tepat dan telus, serta mengemaskini maklumat terkini melalui platform media sosial kami, memastikan para pengguna kami sentiasa kekal maklum.”

Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor berkata, “Pengiktirafan ini iltizam kami untuk menyampaikan nilai dan mesej yang bermakna dan mudah difahami kepada seluruh masyarakat, terutamanya pengguna Air Selangor. Kami komited untuk terus memperkukuh strategi komunikasi Air Selangor untuk kekal relevan serta memberi impak positif kepada pengguna.”

Hashtag Asia Awards 2025 telah diadili oleh 30 profesional pemasaran kanan dan mendapat penyertaan daripada jenama-jenama terkemuka di Asia seperti TOYOTA, Samsung, AIA, Media Prima Audio, Tokopedia, Unifi, Singtel, Cathay, Watsons dan Lazada.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.