Siakap Keli
nt International Perkenal Rangka Kerja Kelestarian Baharu, Menyokong 100 Juta Peniaga dalam Memacu Pertumbuhan Inklusif di Era Globalisasi Baharu
Gambar Hiasan

Ant International Perkenal Rangka Kerja Kelestarian Baharu, Menyokong 100 Juta Peniaga dalam Memacu Pertumbuhan Inklusif di Era Globalisasi Baharu

Ant International Perkenal Rangka Kerja Kelestarian Baharu, Menyokong 100 Juta Peniaga dalam Memacu Pertumbuhan Inklusif di Era Globalisasi Baharu

Singapura, 16 Jun – Ant International, peneraju global dalam pembayaran digital, pendigitalan dan teknologi kewangan, hari ini mengumumkan  rangka kerja kelestarian terbaharunya menerusi Laporan Kelestarian bebasnya yang pertama. 

Fasa Pertumbuhan Baharu dengan Misi dan Visi Baharu pada Saat Kritikal Ini

2024 merupakan satu tahun transformatif bagi Ant International, yang kini beroperasi sebagai entiti bebas selepas penstrukturan semula Ant Group. Beribu pejabat di Singapura dengan lebih 30 pejabat di seluruh dunia, Ant International menyediakan penyelesaian pembayaran digital rentas sempadan, perdagangan dan kewangan kepada para peniaga dan institusi kewangan – menghubungkan lebih 100 juta peniaga kepada pengguna global menerusi 4 unit perniagaannya:

  • Perkhidmatan sistem e-dompet global (Alipay+)
  • Perkhidmatan pembayaran peniaga (Antom)
  • Perkhidmatan akaun perniagaan rentas sempadan (WorldFirst)
  • Perkhidmatan kewangan terbina termasuk pengurusan perbendaharaan dan penyelesaian kredit (Bettr)

Dengan identiti korporat baharu, misi Ant International adalah untuk mempermudah perniagaan di mana-mana jua dan membawa perubahan kecil yang bermakna kepada dunia. Visinya pula adalah untuk menjadi rakan digital yang inovatif dalam membawa pertumbuhan inklusif kepada semua.

Pihak pengurusan menegaskan, dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, ancaman penyahglobalan dan risiko jurang digital yang kian ketara, syarikat teknologi harus memperkukuh – bukan mengurangkan – komitmen sosial mereka melalui tindakan konkrit. “Seruan tindakan dalam komuniti teknologi digital tidak pernah sebegini mendesak: kita perlu bertindak bagi memastikan inovasi memberi manfaat kepada majoriti, bukannya minoriti – demi membina ekonomi global yang benar-benar inklusif dan lestari untuk generasi akan datang,” kongsi Pengerusi Ant International, Eric Jing dalam ucapannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Yang Peng dan Pengerusinya, Douglas Feagin turut menyatakan, “Kami percaya menerusi usaha kelestarian dan perniagaan kami, digandingkan dengan inovasi teknologi yang praktikal, kami dapat menggerakkan dan mempromosikan ‘globalisasi semula’ yang lebih inklusif dan menyeluruh.”

Prinsip 6T Fokus kepada PKS untuk Pertumbuhan Inklusif dan ‘Globalisasi Semula’ Perdagangan

Kerangka Kelestarian ini dibina atas integrasi nilai sosial dan penciptaan nilai perniagaan menerusi 6 Bidang Kelestarian 6T. Laporan ini mengetengahkan pencapaian tahun 2024 dalam bidang berikut:

    • Membina rangkaian pelancongan (Travel) global;
    • Memperkasa perdagangan (Trade) global;
  • Memperkasa golongan terpinggir untuk berdaya saing (Thrive);
  • Memanfaatkan teknologi (Technology) bagi memacu inovasi terbuka;
  • Membangunkan bakat (Talent) digital untuk menyokong pertumbuhan tempatan;
  • Memperkukuh kepercayaan (Trust) digital demi ekosistem digital yang tahan lasak

Pembayaran: Memperkukuh Keterhubungan Global Melalui Pelancongan dan Perdagangan

  • Dalam bidang pelancongan, Alipay+ menyediakan pilihan pembayaran yang inklusif dan mampu milik secara global, menghubungkan lebih 1.7 bilion akaun pengguna dengan kerjasama 36 e-dompet dan 6 sistem QR nasional. Sebanyak 90% peniaga luar talian Alipay+ terdiri daripada PKS.
  • Dalam perdagangan, WorldFirst telah membantu lebih 1.2 juta PKS menjual produk dan perkhidmatan mereka di lebih 200 pasaran, dengan nilai transaksi terkumpul bagi pemprosesan bayaran mencecah hampir USD 100 bilion dalam lebih 100 mata wang pada 2024.
  • Dalam perdagangan digital, penyelesaian berasaskan AI membantu peniaga mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, dan memperkukuh keselamatan. Antom Copilot, sokongan pembayaran yang berasaskan AI, berjaya memendekkan masa integrasi sistem pembayaran sehingga 90%.

Mendemokrasikan Teknologi bagi membolehkan PKS Berkembang Maju:

  • Berbekalkan keupayaan Wallet Tech, Ant International telah memacu pertumbuhan ekonomi digital yang lestari bagi 31 rakan kongsi di 23 pasaran. Kini, syarikat memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian teknologi kewangan (fintech) yang dipacu AI bagi meningkatkan pertumbuhan dan keselamatan untuk para peniaga serta rakan kongsi fintech.

Dalam unit Kewangan Terbenam (Embedded Finance) yang berkembang pesat:

  • Falcon, model AI FX inovatif berasaskan Transformer Siri Masa (TST), membantu PKS menangani ketidakstabilan kecairan rentas sempadan dengan ketepatan ramalan permintaan setiap jam melebihi 90%.
  • Pada tahun 2024, penyelesaian Teknologi Kredit berasaskan AI, ANEXT Bank dan Ant Bank (Hong Kong) telah membantu menyediakan pembiayaan dan perkhidmatan kewangan inklusif kepada lebih 15 juta pengguna di pasaran membangun, terutamanya dalam kalangan komuniti PKS.

Kerjasama dalam Kepercayaan dan Bakat untuk Pertumbuhan Lestari

Ant International berusaha membina ekosistem digital masa depan yang berasaskan kepercayaan dengan kerjasama penggubal dasar, organisasi antarabangsa dan lebih 1,000 institusi kewangan. Pelaburan syarikat tertumpu kepada dua tonggak utama: struktur pematuhan yang komprehensif dan kukuh; serta keupayaan dan penyelesaian keselamatan AI. Syarikat telah mula berkongsi kepakaran AI yang dipercayainya, seperti teknologi anti-‘deepfake’, kepada komuniti yang lebih luas.

Kerjasama tersebut juga meliputi pelbagai komuniti dan inisiatif global– daripada pensijilan kelestarian dan inovasi pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), hinggalah kajian bersama untuk memajukan teknologi perlindungan privasi dan memperkukuh kepercayaan digital. Program 10×1000 Tech for Inclusion, yang kini memasuki tahun ketujuh, telah memberikan latihan dalam fintech dan inovasi digital kepada 7,157 bakat dari 110 negara dan rantau.

Pada Forum Point Zero yang berlangsung di Zurich pada Mei 2025, para pemimpin global dan penggubal dasar telah menghadiri acara pra-pelancaran Laporan Kelestarian Ant International yang pertama tersebut. Timbalan Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Sing Chiong Leong hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan ucapan pembukaan pada acara tersebut.

Pengerusi Inisiatif Bursa Saham Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SSE), Nan Li Collins yang hadir sebagai pemberi ucaptama, menyatakan sokongannya terhadap komitmen Ant International untuk menyediakan akses dan peluang pertumbuhan yang saksama kepada PKS melalui perdagangan. “Walaupun ekonomi digital berkembang pesat, negara-negara membangun masih menghadapi jurang kritikal dalam pelaburan infrastruktur yang penting – satu cabaran yang perlu kita tangani agar tiada pihak yang tercicir dalam peralihan global ke arah pertumbuhan lestari.”

Ketua Pegawai Kelestarian Ant International, Chen Leiming, turut mengulas, “Kelestarian harus bersifat inklusif supaya menjadi berkesan. Di Ant International, dengan mengintegrasikan kelestarian ke dalam cara kami berinovasi, beroperasi dan berkembang, kami memastikan setiap keputusan perniagaan turut menjadi langkah ke arah kemajuan sosial jangka panjang.”

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.