Siakap Keli
Kredit: Astro Awani

Penduduk Temui Mayat Tergantung Ketika Cari Lembu Di Ladang Sawit

Penduduk Temui Mayat Tergantung Ketika Cari Lembu Di Ladang Sawit

TANJUNG MALIM, 16 Jun – Mayat tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok di sebuah ladang kelapa sawit Felda Gunung Besout 2, Trolak, semalam, lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, penemuan mayat itu dimaklumkan oleh orang awam sekitar jam 5.13 petang ketika sedang mencari lembu ternakannya di kawasan ladang terbabit.

Ujarnya, jarak antara lokasi penemuan dan jalan utama dianggarkan hanya sekitar 10 meter.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati mayat tersebut ditemukan dalam keadaan tergantung tanpa pakaian, reput dan tidak menjumpai sebarang identiti,” maklum beliau menerusi satu kenyataan malam tadi.

Mohd Hasni memaklumkan, beberapa barangan ditemukan berhampiran lokasi. Antaranya sepasang selipar berwarna biru bersaiz 40 dan sehelai baju dalam wanita yang dijumpai di dalam parit berhampiran pokok tersebut. Namun, pihak polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi tujuan bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Polis memohon bantuan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara, rakan atau kenalan untuk tampil membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim.

Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kejadian.

Sumber: Astro Awani

BACA: Pekerja Kedai Cuci Kereta Parah, Kereta Dipandu Terjunam Dari Tingkat Tiga

BACA: Bayi 10 Bulan Maut Selepas Dikatakan Terjatuh Semasa Dalam Jagaan Pengasuh

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.