Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
teksi terbang indonesia
Gambar: CNBC Indonesia

Teksi Terbang Indonesia Dijangka Jalani Ujian Penerbangan Pertama Pada 2026

Hannah

Teksi Terbang Indonesia Dijangka Jalani Ujian Penerbangan Pertama Pada 2026

Impian untuk melihat teksi terbang beroperasi di ruang udara Asia Tenggara semakin hampir menjadi kenyataan apabila Indonesia mengumumkan bahawa dua model teksi terbang ciptaan tempatan dijangka menjalani ujian penerbangan pertama pada 2026.

Projek ini diketuai oleh syarikat milik tempatan, PT Dirgantara Indonesia (PTDI), yang memperkenalkan dua model prototaip canggih semasa pameran pertahanan Indo Defense 2025 yang berlangsung di Jakarta pada 11 Jun lalu.

Kedua-dua model ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk memperkukuh mobiliti udara negara itu.

Menurut PTDI, kedua-dua teksi terbang tersebut dirancang untuk digunakan dalam pelbagai situasi seperti pengangkutan bandar, penghantaran logistik, aplikasi ketenteraan serta misi bantuan kemanusiaan.

Dua model teksi terbang Indonesia

“Vela Alpha”, yang dibangunkan bersama syarikat tempatan PT Vela Prima Nusantara, mampu membawa seorang juruterbang dan sehingga enam penumpang dengan muatan maksimum 550 kilogram.

Gambar: CNBC Indonesia
Gambar: CNBC Indonesia

Ia dilengkapi dua mod penerbangan, eVTOL (electric Vertical Take-Off and Landing) untuk penerbangan sehingga 100 kilometer, dan HVTOL (hybrid VTOL) yang mampu terbang sejauh 500 kilometer. Kelajuan maksimumnya ialah 250 km/jam.

Kegunaannya pelbagai, dari teksi udara, pengangkutan kargo, perkhidmatan kecemasan, sehinggalah kepada perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dan operasi bencana.

Sementara itu, “Intercrus Sola”, yang dibangunkan bersama PT Intercrus Aero Indonesia, direka khusus untuk kegunaan bandar.

Gambar: CNBC Indonesia

Ia lebih kecil dan ringan, boleh membawa seorang juruterbang dan tiga penumpang. Ia mampu terbang sejauh 100 kilometer dengan kelajuan sekitar 150 km/jam serta mendarat secara menegak tanpa memerlukan landasan.

Ini menjadikannya sesuai digunakan di kawasan terhad seperti atas kapal, kawasan terpencil atau zon bencana.

Disasarkan komersial pada 2028

PTDI merancang untuk memulakan ujian penerbangan pada 2026, diikuti dengan proses pensijilan pada 2027, sebelum sasaran komersial sepenuhnya pada 2028.

“Harapannya, pada 2027 kami akan dapat pensijilan, dan pada 2028 kita mula operasi komersial,” kata Moh Arif Faisal, Pengarah Niaga, Teknologi dan Pembangunan PTDI, semasa pameran tersebut.

Proses pensijilan akan mematuhi peraturan ketat termasuk piawaian FAA (Amerika Syarikat) dan DGCA (Indonesia) bagi memastikan keselamatan dan keandalan operasi.

Harga & sasaran pasaran

Harga Vela Alpha dianggarkan sekitar USD1.5 hingga 2 juta seunit. Ia dijangka menjadi produk eksport utama Indonesia dalam bidang teknologi penerbangan.

Menurut laporan, pasaran teksi terbang global dijangka mencecah nilai USD33 bilion menjelang 2050, dan Indonesia sendiri berpotensi memerlukan sekitar 1,300 unit.

Kehadiran Vela Alpha dan Intercrus Sola dilihat mampu memenuhi permintaan domestik, mengurangkan kesesakan bandar, menghubungkan wilayah kepulauan, serta menyokong operasi ketenteraan negara.

Dalam pada itu, pembangunan teksi terbang ini dilihat turut memperkukuh ekosistem industri penerbangan tempatan.

BACA: Ketahui Sebab Dunia ‘Kecoh’ Bila Iran Ugut Tutup Selat Hormuz

Sumber: Apluswire