Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dron kargo china
Kredit: China Daily

Boleh Angkut Barang Hingga 1.2 Tan, Kenali Dron Kargo Canggih China

Azizah Najib

Boleh Angkut Barang Hingga 1.2 Tan, Kenali Dron Kargo Canggih China

Dalam dua dekad kebelakangan ini, dron telah berevolusi daripada sekadar alat risikan ketenteraan kepada jentera pelbagai guna. Kegunaannya kini merangkumi penghantaran barangan, pemantauan pertanian, pemetaan, malah misi kecemasan.

Peningkatan keupayaan autonomi serta daya tahan bateri membolehkan dron digunakan untuk tugasan lebih kompleks. China menjadi antara negara yang agresif membangunkan teknologi dron sebagai penyelesaian moden bagi logistik dan mobiliti.

China kini selangkah ke hadapan dalam teknologi pengangkutan apabila berjaya melancarkan penerbangan sulung dron kargo tanpa juruterbangnya, CH-YH1000 pada Mei lalu. Dron ini dibangunkan oleh China Academy of Aerospace Aerodynamics (CAAA), sebuah institusi utama dalam pembuatan pesawat tanpa pemandu di negara tersebut.

CH-YH1000: Dron kargo baharu buatan China

Penerbangan ujian pertama CH-YH1000 telah dilakukan di sebuah lapangan terbang di wilayah barat laut China. Menurut kenyataan rasmi, penerbangan selama 15 minit itu berjaya mencapai hasil yang diinginkan oleh pihak akademi.

Reka bentuk dan sistem penghantaran

CH-YH1000 dibina dengan tatabentuk aerodinamik yang menjadi kebiasaan digunakan pada dron kargo. Muatan dimasukkan dan dikeluarkan menerusi bahagian hidung pesawat yang dibuka ke atas. Bahagian bawah dron juga boleh dibuka bagi membolehkan muatan diturunkan ketika di udara.

Dikuasakan dengan dua enjin, dron ini mempunyai berat maksimum berlepas sehingga 2.3 tan metrik. Daripada jumlah tersebut, ia mampu membawa beban kargo sehingga 1.2 tan dan pergi sejauh 1,500 kilometer. Dron ini turut mampu kekal di udara sehingga 10 jam.

Reka bentuk sesuai untuk pelbagai permukaan

Istimewanya, dron ini direka untuk berlepas dan mendarat di landasan pendek, jalan tidak diselenggara atau kawasan padang rumput. Dengan penambahan alat apungan dan peluncur, ia juga boleh mendarat dan berlepas dari permukaan air atau salji.

Reka bentuk ini membolehkan dron digunakan di kawasan yang sukar diakses oleh pesawat konvensional.

Menurut pakar, dron ini direka untuk memudahkan pengangkutan kargo berkos rendah dan cekap antara bandar dan kawasan luar bandar. Ia juga berfungsi sebagai komponen penting dalam perancangan China membina sektor pengangkutan yang kukuh.

Tambahan lagi, dron ini mampu mempertingkatkan penghantaran barangan di wilayah tengah dan barat yang masih kurang membangun. Malah, CH-YH1000 turut menyokong pelbagai misi logistik, menjadikannya alat serba guna untuk mengembangkan ekonomi altitud rendah.

Fungsi autonomi sepenuh masa

Sebagai pengetahuan, dron ini beroperasi menggunakan sistem penerbangan autonomi berasaskan sensor yang membolehkan operasi sepanjang masa. Keupayaan ini membolehkan penghantaran dilakukan pada waktu malam ketika laluan udara komersial tidak aktif.

Perancangan masa hadapan

Bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna pada masa hadapan, pihak akademi merancang untuk membangunkan versi tersuai. Usaha ini merupakan kesinambungan daripada projek CH-series yang bermula sejak tahun 1999.

Ketika itu, jurutera CAAA menyedari bahawa kepakaran mereka dalam aerodinamik dan reka bentuk peluru berpandu boleh digunakan untuk pesawat tanpa pemandu.

Kini, akademi tersebut memiliki portfolio dron ketenteraan yang meluas, dari model kecil untuk risikan hingga model penyelinap yang canggih. Mereka juga telah menukar beberapa model dron tempur kepada versi awam untuk kegunaan seperti pemantauan infrastruktur, pertanian dan pencemaran.

Sumber: China Daily, China Aerospace Science and Technology Corporation

BACA: Teksi Terbang Indonesia Dijangka Jalani Ujian Penerbangan Pertama Pada 2026

BACA: Cuci Hidung Guna Air Paip Dicemari Amoeba, Wanita Meninggal Dunia