Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Tahun 2024
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 Jun 2025 (Selasa). Sebanyak 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2024 di 670 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 22,852 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.
Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah yang berikut:
a) secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11:00 pagi pada 24 Jun 2025 (Selasa) sehingga jam 12:00 tengah hari pada 4 Julai 2025 (Jumaat); dan/atau
b) secara dalam talian di pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2024 mulai jam 11:30 pagi pada 24 Jun 2025 (Selasa).
MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2024.