Siakap Keli
pelakon Mengaku tidak bersalah seksual
Gambar: Astro AWANI

Penyanyi Dan Pelakon Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Amang Seksual Terhadap Remaja

Penyanyi Dan Pelakon Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Amang Seksual Terhadap Remaja

PUTRAJAYA — Penyanyi dan pelakon terkenal hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lepas.

Tertuduh, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin M.Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pukul 8.56 pagi, pada 19 Mei lepas, mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Ogos depan.

Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.