Siakap Keli
'Sos Cili Ibu' oleh Dato' Khadijah Ibrahim - Keunikan Rasa, Keikhlasan Hati

‘Sos Cili Ibu’ oleh Dato’ Khadijah Ibrahim – Keunikan Rasa, Keikhlasan Hati

'Sos Cili Ibu' oleh Dato' Khadijah Ibrahim - Keunikan Rasa, Keikhlasan Hati

PETALING JAYA, 17 Jun 2025 – Sos Cili Ibu, produk makanan berasaskan resipi asli air tangan penyanyi lagenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, kini dilancarkan secara rasmi dalam sebuah majlis media eksklusif yang diadakan di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Lebih daripada sekadar sos biasa, Sos Cili Ibu hadir sebagai satu produk premium yang menggabungkan rasa pedas, manis dan masam secara seimbang, sesuai dinikmati bersama sebagai pencicah pelbagai hidangan seperti keropok, cucur, burger, piza atau dicampur dalam masakan sebagai penampah rasa seperti ayam masak merah, mee goreng, sweet sour dan macam-macam lagi.

Menggunakan bahan-bahan segar terpilih seperti cili merah berkualiti tinggi, bawang putih, cuka asli dan sedikit gula, Sos Cili Ibu pilihan lebih enak dan selamat untuk seisi keluarga.

Dato’ Khadijah Ibrahim berkongsi, “Resipi ini adalah buah tangan saya kepada semua peminat yang selalu menyokong perjalanan seni saya sepanjang 48 tahun ini. Saya bangga dapat kongsikan rasa warisan ini dengan rakyat Malaysia. Tapi lebih dari itu, saya ingin jadikan sos ini sebagai buah tangan– di mana setiap botol yang terjual akan membawa manfaat kepada insan seni yang memerlukan.” kata Dato Khadijah yang betul-betul menitik beratkan quality sesuatu produk yang beliau hasilkan.

Dalam satu langkah murni dan penuh simbolik, hasil keuntungan dari penjualan Sos Cili Ibu akan disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu anak seni dan selebriti tempatan yang mengalami kesempitan hidup, masalah kesihatan atau kekurangan sumber pendapatan.

Majlis hari ini juga turut menyaksikan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Noor Shila Amin, Rozita Rohaizad, rakan-rakan media tempatan dan penyokong industri seni. Mereka memberikan sokongan padu terhadap usaha Dato’ Khadijah yang tidak hanya menghasilkan produk berkualiti, tetapi juga menanam nilai kasih sayang dan kemanusiaan dalam setiap botol Sos Cili Ibu.

Sos Cili Ibu sudah menembusi pasaran Singapura dan Brunei serta sudah mula dijual di pasaraya St Rosyam Mart serta secara online di Tiktok Shop dan Shopee. Pembelian secara pukal untuk agihan korporat dan cenderamata juga dialukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

SOS CILI IBU

www.ibufood.com

Emel: [email protected]

Media Sosial: @sosciliibu

Hotline: +6017 689 4645

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.