Taman Tema B.Duck Pertama di Asia Tenggara Kini di Pavilion Bukit Jalil!
Kalau nak cari alasan untuk luangkan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil cipta kenangan manis bersama, ini dia peluang terbaik. Tapi bayangkan kalau ‘escape’ kali ni datang dalam bentuk seekor itik kuning gergasi dan taman tema fantasi yang penuh elemen comel dan ceria?
Itulah yang menanti di Taman Tema B.Duck City Funs pertama di Asia Tenggara, kini dibuka di Piazza, Pavilion Bukit Jalil sehingga 31 Oktober 2025. Mungkin nampak macam untuk kanak-kanak, tapi jangan tertipu dengan luarannya, dunia itik comel ini sebenarnya tempat ‘healing’ dan bonding yang best untuk semua peringkat umur.

Dengan dekorasi dan aktiviti yang berwarna-warni, taman terbuka B.Duck ini umpama taman permainan technicolor yang mengajak anda untuk ‘unplug’ dan nikmati masa lapang dengan penuh keseronokan. Zon Trampolin Kincir Angin misalnya, sedia menjadi tempat lepas stres, manakala Bathroom Battle akan membawa anda masuk ke dalam tab mandi ikonik B.Duck.

Antara spot yang paling viral dan sering jadi latar Instagram? Sudah tentu patung inflatables B.Duck gergasi. Tak kisah muda atau sekadar ‘muda di hati’, tempat ini memang padat dengan feel-good vibes yang buat semua orang rasa nak ‘waddle’ balik ke zaman riang. Jangan tunggu lama, taman tema ini dibuka setiap Jumaat hingga Ahad dari 11 pagi – 10 malam dan Isnin, Rabu hingga Khamis dari 2 petang – 10 malam (ditutup setiap hari Selasa).
Tiket boleh didapati melalui Klook https://www.klook.com/en-MY/activity/154607-b-duck-city-funs-by-one-universe-pavilion-bukit-jalil/ atau beli terus di kaunter khas taman tema mudah, dan cepat.