Thailand Siap Sedia Pesawat, Pindah Rakyat Dari Israel Dan Iran
BANGKOK — Kerajaan Thailand telah mengarahkan pihak tentera untuk bersiap sedia bagi melaksanakan misi pemindahan rakyatnya dari Israel dan Iran susulan konflik yang semakin memuncak di antara kedua-dua negara tersebut, lapor AFP.
Jurucakap kerajaan, Jirayu Houngsub memaklumkan pada Selasa bahawa Thailand telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan pesawat tentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Kami bersedia untuk memindahkan rakyat dan telah berkoordinasi dengan pihak tentera untuk menyediakan pesawat bagi membawa mereka pulang dari Israel dan Iran,” katanya kepada media selepas mesyuarat Kabinet.
Langkah itu diambil selepas situasi tegang antara Israel dan Iran kini memasuki hari kelima, dengan kedua-dua pihak terus melancarkan serangan peluru berpandu.
Sumber: AFP