Siakap Keli
Anwar Doa presiden pas
Gambar: Bernama

PM Anwar Titip Doa Kesihatan Buat Presiden PAS

PM Anwar Titip Doa Kesihatan Buat Presiden PAS

KUALA LUMPUR  — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar tahap kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang beransur pulih.

Anwar berkata demikian dalam satu hantaran di X (Twitter), susulan Abdul Hadi yang selamat menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Haji Hadi, Insya-Allah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

https://x.com/anwaribrahim/status/1935169435863761345

Pada Selasa, Presiden PAS itu berjaya menjalani prosedur rawatan yang dilakukan di IJN.

Perkara itu dikongsikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya.

“Alhamdulillah. Makluman daripada Ustaz Khalil, prosedur berjaya,” tulisnya.

Tambahnya, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan prosedur rawatan yang dijalani oleh Presiden PAS itu.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa doktor menasihatkan agar Abdul Hadi tidak menerima pelawat buat masa kini.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Atas nasihat doktor, tiada pelawat dalam masa terdekat. Mohon doakan kesembuhan untuk Ayah Chik tercinta,” katanya lagi.

Sumber: X@Anwar Ibrahim

BACA: Iran Arah Rakyatnya Padam WhatsApp, Dakwa Hantar Maklumat Kepada Israel

BACA: Beberapa Letupan Kuat Kedengaran Di Tengah Iran

BACA: Cetus Spekulasi, Trump Dakwa ‘Kuasai’ Ruang Udara Iran

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.