Siakap Keli
Gambaran Keseluruhan Sunway Medical Centre, Sunway City

Pusat Perubatan Sunway Mengekalkan Kedudukan Teratas dalam bidang Pediatrik di Malaysia Selama Tiga Tahun Berturut-turut, Menurut Penarafan APAC Newsweek Terkini

Pusat Perubatan Sunway Mengekalkan Kedudukan Teratas dalam bidang Pediatrik di
Malaysia Selama Tiga Tahun Berturut-turut, Menurut Penarafan APAC Newsweek Terkini

BANDAR SUNWAY, 19 JUN 2025 – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), hospital kuaternari swasta terbesar di negara ini, mengekalkan kedudukan teratas dalam bidang Pediatrik di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, menurut penarafan (rating) Hospital Pakar Terbaik Asia Pasifik (APAC) Newsweek 2025 (Best Specialized Hospitals Asia Pacific (APAC) Newsweek 2025).

SMC menduduki tempat ke-30 dalam bidang Pediatrik di rantau Asia Pasifik. Hospital ini juga tersenarai dalam 75 hospital terbaik APAC bagi enam kategori lain iaitu Neurologi, Neurosurgeri, Kardiologi, Pembedahan Jantung, Onkologi, dan Ortopedik.

Dato’ Lau Beng Long, Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, meluahkan rasa bangga atas pengiktirafan berterusan yang diberikan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan hospital tersebut di rantau ini, terutamanya dalam bidang pediatrik, di mana SMC merupakan yang terbaik di Malaysia.

Pusat Kesihatan dan Pembangunan Kanak-kanak Pusat Perubatan Sunway menawarkan subkepakaran pediatrik yang paling komprehensif di antara hospital-hospital di Malaysia, dengan 26 subkepakaran dan 50 pakar perunding. Hospital ini juga mengasaskan Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak 24 jam yang pertama di kalangan hospital swasta di Malaysia, beroperasi berasingan dari Jabatan Kemalangan & Kecemasan untuk dewasa kami, berfungsi sebagai pusat sehenti yang menawarkan penjagaan segera dan selesa untuk bayi, kanak-kanak, dan remaja,” katanya.

“Sunway Medical Centre, Sunway City menerajui penubuhan Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak 24 jam pertama di hospital swasta di Malaysia yang beroperasi secara berasingan, menawarkan rawatan segera dan selesa untuk bayi, kanak-kanak, dan remaja.”

Hospital ini juga cemerlang dalam kepakaran pediatrik khusus, termasuk hematologi,
gastroenterologi, onkologi, dan perubatan pemindahan organ. Pusat Perubatan Sunway menjadi hospital swasta pertama di Malaysia yang berjaya melaksanakan pemindahan buah pinggang pediatrik, satu lagi bukti komitmen hospital terhadap kecemerlangan klinikal.”

Selain itu, hospital ini juga terus mempertingkat kekomprehensifan dan keluasan disiplin klinikal yang utama untuk dewasa seperti kardiologi, onkologi, neurologi, gastroenterologi dan pembedahan ortopedik,” kata Dato’ Lau.

Dr. Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif SMC, berkata pengiktirafan ini mengesahkan komitmen hospital terhadap kecemerlangan klinikal dan penjagaan yang berfokuskan pesakit, terutamanya dalam perkhidmatan pediatrik.

Pusat Perubatan Sunway terus berada di barisan hadapan sebagai penyedia perkhidmatan pediatrik swasta terkemuka di Malaysia, menawarkan ekosistem penjagaan komprehensif yang khusus untuk kanak-kanak“.

Antara kelebihannya, Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) menjadi tumpuan kerana teknologi canggihnya serta pasukan jururawat PICU yang berpengalaman. Dengan 17 katil yang serba lengkap dan penjagaan sepanjang masa yang diketuai oleh tiga pakar pediatrik intensivis, PICU mengendalikan kes-kes kompleks dan kritikal yang merangkumi keperluan perubatan, pembedahan, onkologi, serta pasca pemindahan,” katanya.

“Sunway Medical Centre, Sunway City menawarkan perkhidmatan radiologi khusus dalam persekitaran mesra kanak-kanak, yang terletak berhampiran dengan Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak bagi memudahkan akses untuk pesakit muda.”

Sebagai hospital utama Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, SMC mempunyai lebih daripada 300 orang perunding perubatan tetap, 60 kepakaran dan 28 Pusat Kecemerlangan. Dengan siapnya blok keenamnya, Menara F (Pavilion Kanak-kanak), SMC akan mempunyai kapasiti untuk mempunyai lebih 1,100 katil.

Edisi ketiga ranking Hospital Pakar Terbaik Asia Pasifik (APAC) Newsweek ini mengenal pasti dan memberi penghormatan kepada hospital terkemuka di rantau APAC yang mempunyai kepakaran dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Jantung, Endokrinologi, Neurologi, Neurosurgeri, Onkologi, Ortopedik, Pediatrik dan Pulmonologi.

Anugerah ini memberi penghormatan kepada hospital awam, swasta, dan pengajar terbaik di sepuluh negara merentasi sepuluh negara dan wilayah: Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina.

Pengumuman terkini ini menyusuli pencapaian SMC yang dinobatkan sebagai hospital terbaik Malaysia dan 250 hospital terbaik di dunia dalam senarai Hospital Terbaik Dunia 2025, dan Hospital Swasta Terbaik Asia 2025 oleh Newsweek.

SMC turut menerima Anugerah Hospital Terbaik (Malaysia) di Healthcare Asia Awards 2025 yang berprestij. Ini adalah pengiktirafan tahun keempat berturut-turut, suatu kejayaan yang julung kali dicapai.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.