Siakap Keli
Skechers Tampil Dengan Flagship Store Serba Baharu di Bugis Junction, MINNIE (G)I-DLE Turut Meriahkan Majlis
Sensasi K-pop MINNIE daripada (G)I-DLE menyertai sambutan di atas pentas di Aras 1, Atrium Luar Bugis Square bersama Irene Lee, Pengurus Besar Kanan Skechers Singapura, Zann Lee, Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, dan Hazelle Leo, Leelav atau Medlacoro nadio yes yos serta pengacara majlis.

Skechers Tampil Dengan Flagship Store Serba Baharu di Bugis Junction, MINNIE (G)I-DLE Turut Meriahkan Majlis

Skechers Tampil Dengan Flagship Store Serba Baharu di Bugis Junction, MINNIE (G)I-DLE Turut Meriahkan Majlis

Skechers kini tampil lebih segar dan bergaya menerusi flagship store yang baru diperluas di Bugis Junction, Singapura. Menampilkan reka bentuk hadapan kedai yang moden dengan gabungan warna navy dan fuchsia, ruang beli-belah ini mengetengahkan identiti baharu Skechers yang lebih kontemporari dan berani.

Susun atur dalam kedai turut diperbaharui bagi memberikan pengalaman beli-belah yang lebih menyeluruh. Pengunjung boleh meneroka zon produk terpilih serta koleksi terkini Skechers yang menekankan teknologi keselesaan ikonik jenama ini.

Flagship Skechers yang baru diperluas di Bugis Junction memberikan impresi pertama yang berani dengan reka bentuk muka hadapan yang diperbaharui, mencerminkan identiti jenama yang moden dan mengikut arus fesyen.

MINNIE (G)I-DLE Curi Tumpuan, Rasmi Pembukaan Semula Kedai Dengan Gaya Tersendiri

Majlis pembukaan semula flagship store ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang K-pop popular, MINNIE dari kumpulan (G)I-DLE. Beliau hadir bersama barisan pengurusan Skechers dan CapitaLand untuk merasmikan pembukaan secara rasmi.

Para pembeli dialu-alukan ke dalam ruang yang meriah yang menampilkan zon produk terpilih serta koleksi terkini Skechers yang menekankan keselesaan.

Menurut Cedrick Tan, Presiden Skechers Asia Tenggara, Hong Kong & Korea Selatan, “MINNIE mewakili semangat Skechers bergaya, versatil, dan berani mengekspresikan diri. Dengan ruang yang lebih luas, konsep baharu dan rangkaian produk yang dipertingkat, kami yakin pelanggan akan menikmati pengalaman beli-belah yang lebih menyeronokkan.”

Antara daya tarikan utama di kedai ini ialah penggunaan teknologi SafeSize sistem imbasan kaki berteknologi tinggi yang memberikan cadangan kasut paling sesuai mengikut saiz dan corak pergerakan pelanggan.

Dalam gambar (dari kiri ke kanan): Sensasi K-pop MINNIE daripada (G)I-DLE bersama Angela Wu (Pengurus Pusat, CapitaLand Retail), Irene Lee (Pengurus Besar Kanan, Skechers Singapura), Zann Lee (Pengarah Urusan, Skechers Asia Tenggara), Cedrick Tan (Presiden Skechers Asia Tenggara, Hong Kong dan Korea Selatan), Aileen Benedicto Cabaya (Naib Presiden, Perancangan Perniagaan, Skechers Asia Tenggara, Hong Kong & Korea), Eileen Tan (Pengarah Pemasaran Serantau, Skechers Asia Tenggara) dan Evelyn Soh (Pengurus Pusat, CapitaLand Retail) bagi meraikan pembukaan semula rasmi kedai flagship Skechers di Bugis Junction.

Acara Luar Biasa, Peminat Teruja & Aktiviti Eksklusif

Sambutan diteruskan di kawasan luar Bugis Square, di mana pertunjukan fesyen Skechers serta sesi bersama peminat mencuri perhatian ramai. MINNIE sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di pentas utama sebelum menjayakan sesi soal jawab bersama pengacara Hazelle Teo (@heyhihazelle).

Acara turut menampilkan VIP Fan Zone eksklusif untuk peminat bertuah dari Singapura dan rantau ini, yang dipilih menerusi promosi dalam kedai serta peraduan media sosial.

MINNIE dari (G)I-DLE menyapa para peminat yang teruja di Atrium Bugis Junction, menyerikan pentas dengan pesona khasnya semasa sambutan pembukaan semula kedai flagship Skechers.

Pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti charms bar Skechers (untuk menghias kasut mengikut cita rasa sendiri) dan photo booth bertema untuk mencipta kenangan manis.

Kini dengan dua flagship utama Bugis Junction dan Jewel Changi Airport, Skechers terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi beli-belah pilihan dengan gabungan keselesaan, gaya dan inovasi.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.