Siakap Keli
Air Selangor Terbit Laporan Kelestarian Buat Tahun Ke-5, Kekal Pacu Kecekapan Operasi Ke Arah Kelestarian
Adam Suffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, bersama Pasukan Pengurusan Air Selangor naik ke pentas bagi pelancaran Laporan Kemampanan Air Selangor 2024.

Air Selangor Terbit Laporan Kelestarian Buat Tahun Ke-5, Kekal Pacu Kecekapan Operasi Ke Arah Kelestarian

Air Selangor Terbit Laporan Kelestarian Buat Tahun Ke-5, Kekal Pacu Kecekapan Operasi Ke Arah Kelestarian

Kuala Lumpur, 24 Jun 2025 – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), penyedia  perkhidmatan air terbesar di Malaysia menerbitkan Laporan Kelestarian 2024 untuk  tahun ke-5 dengan tema Mencipta Alunan Perubahan (Creating Ripples of Change)Laporan ini menggariskan inisiatif dan pencapaian Air Selangor bagi tempoh 1 Januari  hingga 31 Disember 2024, serta komitmen dalam mengukuhkan keterjaminan air melalui  amalan kelestarian dan kecekapan operasi. Usaha ini selaras dengan aspirasi Air Selangor  untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di Asia menjelang 2030.  

Adam Suffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, sedang membentangkan Laporan Kemampanan 2024 kepada pihak media.

Air Selangor telah mencatatkan pelbagai pencapaian melalui inisiatif kelestarian pada  tahun 2024 seterusnya memberi impak yang positif kepada ekonomi, alam sekitar dan  sosial. Antara pencapaian ini termasuk:  

  1. NRW: Mencapai kadar air tidak terhasil (NRW) sebanyak 27.00%, bersamaan  dengan penjimatan air sebanyak 298.36 juta liter sehari (JLH), sekali gus  mengoptimumkan kos operasi dan memastikan kecekapan sumber Air Selangor,  
  2. Margin Rizab Air: Meningkatkan margin rizab air kepada 18.60%, berbanding  15.34% pada tahun 2023, hasil daripada pemantauan rapi empangan dan loji  rawatan air (LRA) bagi memastikan kestabilan bekalan air,  
  3. PBI: Meningkatkan Indeks Paip Pecah kepada 3.25 kes paip pecah setiap 100 kilometer paip setahun, berbanding 4.18 kes paip pecah setiap 100 kilometer pada  2023, 
  4. Program Penggantian Paip: Sejak tahun 2016, sepanjang 1,008.56 kilometer paip  lama telah diganti bagi meningkatkan kebolehpercayaan bekalan air dan  mengurangkan kebocoran, 
  5. Kualiti Air: Mematuhi Piawaian Kualiti Air Minuman KKM iaitu 99.93%,  pematuhan melebihi 99% secara konsisten untuk empat tahun berturut-turut, 6. Pendapatan: Mencapai jumlah pendapatan sebanyak RM2.98 bilion berbanding  RM2.82 billion pada tahun 2023, 
  6. Inisiatif Kelestarian: Memasang sistem solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 9.0  MWac di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 bagi mengurangkan  pelepasan karbon dalam menuju ke arah Neutral Karbon menjelang 2040 dengan  tambahan 10.5 Mwac di LRA Sungai Selangor Fasa 3 sedang dijalankan, 
  7. Intensiti Karbon: Mencatat intensiti karbon sebanyak 0.544 kgCO₂e/m³ dalam  proses penghasilan air, sebagai sebahagian daripada usaha dekarbonisasi Air  Selangor,
  8. NPS: Mencapai skor keseluruhan sebanyak +26 bagi Skor Promoter Bersih (Net  Promoter Score) dalam tinjauan Indeks Kepuasan Pelanggan (Customer Satisfaction  Index), daripada +4 pada tahun 2022. NPS ialah metrik penyelidikan pasaran global  untuk mengukur kesetiaan dan kepuasan pelanggan, 
  9. Sesama Mara: Bagi tahun 2024, sebanyak RM406,631.84 telah disalurkan kepada  golongan kurang berkemampuan, di mana sejumlah 1,800 kotak makanan, 2,438 penerima dari 19 rumah kebajikan/golongan asnaf, dan 240 pelajar B40 telah  dibantu menerusi program-program di bawah payung Sesama Mara seperti Box of  Hope, Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian dan Festive Cheer, 
  10. SADE: Seramai 39,801 pendaftaran baharu telah diterima, menjadikan jumlah  keseluruhan penerima manfaat Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebanyak  324,257. SADE diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan  memastikan golongan kurang bernasib baik diberikan akses kepada air terawat  yang bersih dan selamat. 
Adam Suffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor (di sebelah kanan), bersama hos semasa sesi soal jawab bersama media.

Kejayaan dan pencapaian ini membuktikan komitmen Air Selangor dalam memastikan  kecekapan dan keberkesanan bagi setiap usaha yang dijalankan, bukan sahaja untuk  menyatupadukan inisiatif kelestarian operasi, bahkan juga tadbir urus yang kukuh,  amalan perniagaan yang beretika dan pembiayaan secara mampan.  

Adam Suffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, sedang menjawab soalan media semasa sesi soal jawab.

Pada tahun 2024, Air Selangor mencatatkan pendapatan RM2.98 bilion, peningkatan  sebanyak 5.44% yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan CAPEX pula  adalah sebanyak RM0.69 bilion pada tahun 2024, dengan hampir 69% daripada jumlah  ini diperuntukkan untuk usaha pengurangan kadar NRW, manakala selebihnya tertumpu  kepada peningkatan kecekapan operasi. Setelah dilaraskan bagi tahun 2024, terdapat  penurunan sebanyak 13.9% dalam perbelanjaan CAPEX berbanding RM0.80 bilion pada  tahun 2023.  

Adam Suffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, telah melancarkan Laporan Kemampanan Air Selangor 2024.

Sehingga 31 Disember 2024, Air Selangor telah melaksanakan tujuh (7) penerbitan Sukuk  Kelestarian di bawah Program Sukuk Murabahah bernilai RM10 bilion. Jumlah  keseluruhan mencecah RM4.33 bilion, dengan terbitan ketujuh pada Ogos 2024  melibatkan hasil bersih sebanyak RM1.2 bilion. Dana yang diperoleh ini diperuntukkan  bagi melaksanakan projek berkaitan bekalan air, pengurusan air lestari, dan inisiatif  tenaga boleh diperbaharui sejajar dengan strategi kelestarian Air Selangor.  

Air Selangor akan terus melabur dalam pengurusan serta pentadbiran bekalan air dalam  pengurusan serta pentadbiran bekalan air dalam jangka masa panjang untuk 9.62 juta  penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta menggerakkan segala  usahanya untuk merealisasikan aspirasi untuk menjadi penyedia perkhidmatan air  terkemuka di Asia menjelang 2030.  

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.