Siakap Keli

Bank Rakyat Agih 16,890 Pek Daging Korban Sempena Aidiladha

Bank Rakyat Agih 16,890 Pek Daging Korban Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 – Bank Rakyat hari ini melengkapkan pelaksanaan  Program Hulurkan Salam Aidiladha 2025 dengan agihan keseluruhan sebanyak 16,890 pek daging korban di 18 lokasi seluruh negara, termasuk lokasi penutup di Menara  Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. 

Program tahunan ini merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bank  Rakyat dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat, terutamanya golongan  asnaf dan mereka yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446  Hijrah. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, berkata  “Pelaksanaan ibadah korban bagi tahun ini melibatkan penyembelihan sebanyak 241  ekor lembu dan 159 ekor kambing di seluruh negara. Agihan daging korban dalam negara  adalah daripada para pemegang Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan Surau Al Barakah MKBR lebih berjumlah RM1.52 juta. 

Beliau berkata, program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama 18 rakan  strategik yang terdiri daripada institusi masjid, sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi  komuniti dan sektor korporat bagi memastikan agihan daging korban dapat disampaikan  terus kepada kumpulan sasar. 

“Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap usaha memakmurkan masyarakat setempat  kerana keteguhannya adalah berkat sokongan anggota dan pelanggan di pelosok  negara.” 

Akaun Simpanan-i Tabung Qurban yang diperkenalkan pada 1 Ogos 2017 berperanan  sebagai platform simpanan berkala atau sekali gus untuk tujuan ibadah korban. Melalui  konsep Wakalah Bil Ujrah, pelanggan melantik Bank Rakyat sebagai ejen pelaksana,  manakala urusan sembelihan dilaksanakan oleh sub-ejen bertauliah yang dilantik oleh  Bank. Akaun ini turut dilengkapi kemudahan kad ATM dan akses perbankan digital  melalui platform iRakyat.

Dalam majlis yang sama, Bank Rakyat turut menyampaikan sumbangan berjumlah  RM22,500 bagi tujuan bantuan asnaf dan pelaksanaan aktiviti pengimarahan. 

Di peringkat antarabangsa, Bank Rakyat meneruskan pelaksanaan Program Kembara  Qurban Kemboja 2025 yang diadakan di Kampung Trapeng Prinh dan Kampung Keh,  Kemboja pada 6 hingga 9 Jun lalu. Sebanyak 45 ekor lembu telah dikorbankan di kedua dua lokasi tersebut dan diagihkan kepada komuniti Islam setempat.  

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Bank Rakyat dalam memperkukuh jaringan  kemasyarakatan serta menyemarakkan nilai keinsanan dan perpaduan,” tambah Ahmad  Shahril. 

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan produk Akaun Simpanan-i untuk Ibadah  Umrah, yang membantu pelanggan menyimpan secara konsisten untuk menunaikan  ibadah umrah. Akaun ini terbuka kepada individu berumur 13 tahun dan ke atas,  pasangan atau keluarga dan menawarkan kemudahan kad ATM serta akses kepada  perbankan digital. 

Pelanggan yang berminat untuk melanggan Akaun Simpanan-i Tabung Qurban atau  Akaun Simpanan-i Ibadah Umrah boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi platform BRICK di https://brick.bankrakyat.com.my, layari laman web, kunjungi  mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat atau hubungi Pusat Panggilan Bank  Rakyat di talian 1300805454. 

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.