Cakra Khan Divine Concert : Cakra Khan Takluk Malaysia & Singapura
Kuala Lumpur, 25 Jun 2025- Seperti perjalanan panjang kariernya terutama melahirkan album kedua, maka tidak hairan apabila Cakra Khan memilih judul Divine untuk buah tangan yang sangat dinantikan peminat. Mengambil judul sama, penyanyi yang cukup ikonik dengan suara serak nan indah ini malah memberi bonus kepada peminat setelah Divine dilahirkan pada 2024.
Cakra Khan akan hadir dengan konsert solonya. Bukan satu tetapi dua kejutan yang diberikan kepada peminat di Nusantara apabila penganjur berprolifik, Shiraz Projects mengumumkan akan membawa Divine Concert – Cakra Khan ke Singapura sebelum bakal dinikmati di Malaysia.
Penganjuran Divine Concert – Cakra Khan di Singapura dijadual berlangsung di The Star Theatre pada 18 Julai 2025 sementara tanggal 2 Ogos 2025 di Malaysia, peminat akan menikmati konsert penyanyi berusia 33 tahun ini di Plenary Hall Kuala Lumpur.
Penganjur, Shiraz Projects menyifatkan Divine Concert – Cakra Khan diadakan pada waktu yang tepat meski bukan pertama kali peminat menonton persembahan penyanyi ini. “Divine Concert – Cakra Khan akan menjadi sebuah konsert yang luar biasa dan magis seperti perjalanan panjang penyanyi ini.
Mengapa kami katakan demikian kerana selepas 11 tahun, Cakra Khan akhirnya muncul dengan album kedua iaitu Divine. Dan signifikan dengan kelahiran album tersebut pada tahun lalu, kami mahu menggunakan konotasi Divine yang membawa maksud lebih kurang ‘luar biasa’, ‘hebat’ dan ‘mega’ ini divisual dalam konsep konsert.
“Divine Cakra Khan juga akan menjadi medan buat peminat kembali menikmati vokal unik beliau yang bukan hanya melantunkan lagu-lagu dari album terkini tetapi membawa pulang peminat kembali ke masa silam bersama tembang yang masih bersifat malar segar dari satu satunya, Cakra Khan,” ujar Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.
Mengulas mengenai penganjuran yang berlangsung di Singapura dan Malaysia, Shirazdeen memberitahu kerana telah mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat. “Oleh kerana permintaan peminat yang tinggi untuk melihat Cakra Khan beraksi secara solo dalam konsertnya maka kami bersetuju untuk mengadakan ia di dua negara dengan lokasi yang sememangnya mengujakan.
Buat peminat di Singapura sendiri boleh sertai Divine Concert – Cakra Khan di Kota Singa di The Star Theatre pada 18 Julai 2025. Cakra Khan kemudian akan bertemu peminat di Malaysia pada 2 Ogos 2025 di Plenary Hall Kuala Lumpur. “Jadi peminat, pilihan di tangan anda. Mahu hadir ke Malaysia atau Singapura atau di kedua-dua negara juga sangat dialu-alukan,” katanya lagi.
Sementara itu, Cakra Khan yang teruja dengan penganjuran Divine Cakra Khan hanya memberi pesanan ringkas. “Apa yang pasti kalian akan menikmati Divine Concert – Cakra Khan seperti mana saya selalu menikmati apresiasi anda semua terhadap saya,” katanya ringkas. Maka dengan itu ikuti rapat perkembangan Divine Concert – Cakra Khan yang akan berlangsung di Singapura dan Malaysia.
Buat peminat di Singapura, pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.sistic.com.sg sementara untuk penggemar Cakra Khan di Malaysia, jangan terlepas membeli tiket di www.myticket.asia.
Tiket dengan harga dan kategori RM1,295 (Meet & Greet), RM795 (Diamond), RM695 (Platinum), RM455 (Gold), RM255 (Silver) dan RM225 (Bronze) untuk Kuala Lumpur dan Singapura SGD248 (Meet & Greet), SGD168 (Diamond), SGD148 (Platinum), SGD128 (Gold) akan mula dijual pada 12 Februari 2025 bermula pukul 10 pagi.
Jadi tunggu apa lagi kerana lagu-lagu seperti Kepada Hati, Salah Tapi Baik, Mencari Cinta Sejati dan Kekasih Bayangan sedang menanti anda untuk diperdengarkan secara langsung.
Sampai jumpa guys!
CAKRA KHAN DIVINE CONCERT KUALA LUMPUR
Tarikh : 2 August 2025
Waktu : 8.30pm
Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Harga tiket : RM1,295 (Meet & Greet)
RM795 (Diamond)
RM695 (Platinum)
RM455 (Gold
RM255 (Silver) – Sold out
RM225 (Bronze) – Sold out
Tiket : www.myticket.asia Contact : 0386050196
Info Hotline : 0122560082
Facebook : shirazprojects
Instagram : shirazprojects
Laman Web : www.shirazprojects.com
Dengan Kerjasama:
Pengurusan Artis: MyMusic Records Rakan Kolaborasi: B.A.Z
: INCORPGURU
Radio Rasmi : Hot FM
: Kool 101
Media Rasmi : TV3
: TV9
Media Digital : SAYS
: OH Bulan
: Harian Metro
Media Billboard : BigTree
CAKRA KHAN DIVINE CONCERT SINGAPORE
Tarikh : 19 July 2025
Waktu : 8.00pm
Venue : The Star Theatre, Singapore Harga tiket : SGD248 (Meet & Greet) SGD168 (Diamond),
SGD148 (Platinum
SGD128 (Gold)
Tiket : www.sistic.com.sg Facebook : shirazprojects
Instagram : shirazprojects.sg
Laman Web : www.shirazprojects.com