Siakap Keli
banjir barat daya china
Gambar: AFP

Enam Maut, Banjir Landa Di Barat Daya China

Enam Maut, Banjir Landa Di Barat Daya China

GUIYANG — Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut manakala lebih 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat banjir besar yang melanda wilayah barat daya China, lapor media rasmi negara itu, Xinhua.

Difahamkan, kira-kira 80,900 orang telah dipindahkan dari wilayah Guizhou pada petang Selasa.

Banjir yang melanda wilayah itu kali ini disifatkan sebagai banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun, dengan paras air di beberapa sungai utama meningkat secara mendadak sejak Selasa lalu.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan menunjukkan deretan kedai di tingkat bawah bangunan ditenggelami air sepenuhnya.

Di daerah Rongjiang, sebuah padang bola dilaporkan tenggelam di bawah air sedalam 3 meter, menurut agensi berita tersebut

@cgtneurope

Relentless heavy #rainfall and surging upstream inflows have triggered devastating #floods in two counties of southwest China’s #Guizhou Province, with over 80,000 people evacuated and relocated. #ChinaFlood

♬ 原声 – CGTN Europe – CGTN Europe

Banjir tersebut telah menenggelamkan banyak kawasan rendah dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di beberapa pekan, mengakibatkan jalan raya terputus, komunikasi terganggu dan penduduk terperangkap.

Ketika ini, paras air di daerah Rongjiang telah menurun di bawah paras amaran dengan usaha mencari mangsa yang terperangkap sedang giat dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan dan pemulihan.

Sebelum ini, pihak berkuasa China telah mengeluarkan amaran berkenaan risiko banjir kilat dan arus deras di kawasan pergunungan di bahagian timur, tengah, selatan, dan barat daya negara itu susulan hujan lebat yang melanda beberapa wilayah, lapor CNA.

Amaran tahap merah yang merupakan amaran tahap tertinggi dan pertama bagi tahun ini telah dikeluarkan lewat Khamis (19 Jun), melibatkan kawasan-kawasan di wilayah Anhui, Henan, Hubei, Hunan, Guizhou serta rantau Guangxi, menurut laporan agensi berita rasmi Xinhua yang memetik kenyataan Kementerian Sumber Air dan Pentadbiran Meteorologi China.

China kini sedang mengalami hujan lebat secara tiba-tiba di banyak kawasan, yang menurut ahli meteorologi berpunca daripada perubahan iklim ekstrem.

Di wilayah Hunan, hujan lebat telah mencetuskan banjir paling buruk sejak tahun 1998 di bahagian hulu dan hilir Sungai Lishui selepas paras airnya melebihi tahap bahaya lebih dua meter pada Khamis.

Sumber: Xinhua, CNA 

BACA: Detik Cemas Pemandu Lori ‘Tergantung’ di Jambatan China Selepas Runtuh

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.