Siakap Keli
Amazfit Balance 2

Amazfit Balance 2 Kini di Malaysia, Smartwatch Premium Dengan 170+ Mod Senaman & Bateri Tahan 21 Hari

Amazfit Balance 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi, dan ia bukan sekadar jam pinter biasa, tetapi edisi kali ini membawa satu nafas baharu dalam kategori gaya hidup aktif, menggabungkan reka bentuk premium, fungsi sukan terperinci, dengan bateri tahan lama yang luar biasa.

Daripada pandangan pertama, Amazfit Balance 2 menyerlah dengan reka bentuk kemas dan moden. Ia dilengkapi paparan AMOLED 1.5 inci beresolusi 480×480 piksel, cukup terang walaupun di bawah matahari terik. Menariknya model ini adalah penggunaan kaca kristal nilam yang lebih tahan calar dan tahan lasak berbanding kaca biasa.

Casing jam pula diperbuat daripada aluminium matte yang memberikan rasa premium dan ringan di pergelangan tangan. Walaupun saiz sedikit besar (47mm), ia tetap selesa dipakai seharian termasuk ketika bersenam atau tidur.

Pengalaman Penggunaan: Bateri Tahan Lama, Interface Laju & Smooth

Sepanjang tiga hari pertama penggunaan, kami amat kagum dengan tahap ketahanan bateri. Dengan penggunaan sederhana termasuk notifikasi, sleep tracker, GPS semasa larian, dan Bluetooth diaktifkan, baki bateri masih sekitar 70%. Ini membuktikan janji Amazfit bahawa Balance 2 mampu bertahan hingga 21 hari untuk penggunaan biasa dan 67 jam dengan GPS aktif.

Interface pula amat lancar, hasil sokongan sistem operasi Zepp OS 5. Navigasi antara menu, aplikasi dan tetapan semuanya terasa pantas, malah lebih responsif berbanding model sebelumnya.

Amazfit Balance 2 Amazfit Balance 2

Fungsi Kecergasan Yang Kaya Termasuk HYROX

Bagi mereka yang aktif bersukan, Balance 2 adalah teman latihan yang ideal. Ia menyokong lebih 170 mod senaman, termasuk 25 jenis senaman kekuatan (strength training) yang boleh mengesan ulangan, set dan waktu rehat secara automatik.

Tambahan pula, Amazfit kini menyokong HYROX, sejenis cabaran sukan berintensiti tinggi yang kian popular di peringkat global. Fungsi ini memberikan data komprehensif seperti heart rate zones, pacing, dan recovery sesuai untuk atlet hybrid atau mereka yang serius tentang prestasi.

Navigasi Pintar dengan Peta Penuh Berwarna & Sokongan 6 Satelit

Satu ciri yang sangat kami hargai ialah fungsi navigasi dengan peta penuh berwarna yang boleh digunakan secara offline. Digabungkan dengan sokongan enam sistem satelit dan GPS dwi-frekuensi, jam ini sangat tepat dalam menentukan lokasi, sama ada ketika larian luar, hiking atau renang air terbuka.

Kesihatan & Keselamatan Lebih Komprehensif

Sensor kesihatan yang digunakan adalah jenis terkini, mampu memantau kadar degupan jantung, tekanan, tidur, dan oksigen dalam darah dengan lebih tepat. Lebih menarik, jam ini menyokong sambungan ke sensor luaran seperti heart rate monitor dan cadence sensor, sesuatu yang biasanya hanya ditawarkan pada jam pintar berkelas tinggi.

Boleh Jawab Call, Main Muzik & Tahan Air Hingga 10ATM

Amazfit Balance 2 merupakan model pertama daripada jenama ini yang hadir dengan dua pembesar suara terbina, membolehkan pengguna menerima dan menjawab panggilan terus dari jam tangan. Kualiti bunyi semasa panggilan adalah jelas dan lantang.

Bagi penggemar muzik, anda boleh memuat naik lagu terus ke dalam jam melalui storan 32GB. Fungsi ini sangat berguna ketika bersenam tanpa perlu membawa telefon.

Lebih menarik, jam ini kalis air sehingga 10ATM, membolehkan anda berenang di laut atau kolam tanpa rasa bimbang.

Harga & Tawaran Menarik

Di Malaysia, Amazfit Balance 2 ditawarkan pada harga RM1,299 dan mula dibuka untuk pra-tempahan bermula 29 Jun 2025. Setiap pembelian awal turut disertakan dengan Cooler Fan dan String Bag eksklusif secara percuma, selagi stok masih ada.

Produk akan mula dihantar kepada pembeli pada 4 Julai 2025. Anda boleh dapatkannya melalui kedai rasmi Amazfit di Shopee.

Kesimpulannya, Amazfit Balance 2 bukan sekadar jam pintar biasa. Ia dibina untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang aktif, sama ada seorang pelari tegar, ahli gim, penyelam, atau individu yang hanya mahukan pengalaman peranti boleh pakai yang lengkap dan tahan lama.

Gabungan antara ketahanan bateri, ketepatan sensor, rekaan premium, serta fungsi sukan dan gaya hidup menjadikan Amazfit Balance 2 antara jam terbaik dalam kelas harganya.

Kalau anda sedang mencari jam pintar tahan lasak, berfungsi penuh dan berbaloi untuk jangka panjang, Amazfit Balance 2 memang pilihan yang sukar ditandingi.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.