Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Apa Itu Cukai Jualan? Ini Senarai Barangan Asas Yang Tidak Dikenakan & Dikenakan Cukai 

Iqbal Yasir
Gambar: BERNAMA

Apa Itu Cukai Jualan? Ini Senarai Barangan Asas Yang Tidak Dikenakan & Dikenakan Cukai

Seperti yang diketahui bermula 1 Julai 2025, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan semula terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meliputi pelarasan kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai salah satu strategi kerajaan untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, Kerajaan MADANI tidak melupakan kebajikan rakyat agar terus terpelihara terutamanya melibatkan barangan asas harian yang menjadi keperluan utama.

Oleh itu, SK akan kongsikan senarai barangan asas terkini yang tidak dikenakan Cukai Jualan (CJ) dalam pelaksaanan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di bawah.

Apa Itu Cukai Jualan?

Cukai Jualan (CJ) adalah sejenis cukai tidak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang buatan dalam negara atau barang yang diimport, sebelum dijual kepada pengguna akhir.

Cukai ini dikenakan pada peringkat pengilang (manufacturer) atau pengimport, dan bukan terus kepada pengguna.

Peluasan skop SST bermula 1 Julai 2025 adalah bertujuan meningkatkan hasil negara dan meluaskan asas cukai selain memperkukuh jaringan keselamatan sosial tanpa beban rakyat.

Kadar Cukai Jualan

Cukai jualan pada kadar 0% dikenakan ke atas barangan keperluan asas, bertujuan untuk tidak membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah

Senarai Barangan Asas yang Tak Dikenakan Cukai

Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan
Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan
Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan

Senarai Barangan Asas yang Dikenakan Cukai 5 Peratus

Barangan dalam kategori ini dikenakan cukai jualan 5 peratus, merangkumi barangan pilihan atau separa mewah yang masih mempunyai nilai pengguna.

Berikut senarai barangan yang dikenakan cukai 5 peratus;

Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan
Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan

Senarai Barangan Asas yang Dikenakan Cukai 10 Peratus

Kadar 10 peratus merupakan kadar cukai jualan tertinggi, dikenakan ke atas barangan mewah atau tidak asas, yang dianggap bukan keperluan harian rakyat.

Berikut senarai barangan yang dikenakan cukai 10 peratus:

Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Kerajaan mengambil langkah untuk tidak mengenakan CJ ke atas barangan keperluan asas harian supaya tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat dan kadar inflasi kekal terkawal.

Gula Kena Cukai?

Menurut MOF, di bawah semakan semula SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, gula bertapis kekal tidak dikenakan cukai.

Manakala mentah yang digunakan dalam proses penghasilan gula bertapis akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak lima peratus.

Garam Kena Cukai Atau Tidak?

Sebagai langkah menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan MADANI terus mengekalkan CJ sifar ke atas barangan asas seperti garam masakan yang digunakan setiap hari.

Sebaliknya, hanya garam meja dan garam premium yang melalui proses tambahan dan digunakan sebagai perasa tambahan atau kegunaan khas dikenakan CJ sebanyak lima peratus.

Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan

Emas & Perak Dikenakan Cukai Atau Tidak?

Barang kemas perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai, loket dan lain-lain yang diperbuat daripada emas atau perak tidak dikenakan cukai jualan mengikut Kod Tarif 7113.

Sebaliknya, barang perhiasan rumah seperti tepak sirih, pemegang pintu, pinggan mangkuk dan lain-lain yang diperbuat daripada emas atau perak dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus mengikut Kod Tarif 7114.

Barangan asas tidak dikenakan cukai jualan

Untuk maklumat terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan di https://mof.gov.my/portal/ms/ atau di Facebook Kementerian Kewangan