DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkap Trilogi Konsert : Malam Ini Gua Rock Paling Epik Bersama Etiqa sebagai Rakan Strategik Utama
Konsert DATO’ M. N45IR CIPTA pada 0gos 2024 mencetak sejarah dengan kehadiran lebih 8,000 peminat di Axiata Arena Kuala Lumpur. Konsert M DATO’ M. N45IR CIPTA 2 yang berlangsung sekitar dua bulan selepas penganjuran pertama iaitu Oktober 2024 juga mencipta momen tersendiri.
Sehingga kini khalayak masih mengingat bagaimana konsert turut berlangsung di lokasi sama dihujani duit RM1 berjumlah RM10,000 keseluruhan saat penghibur yang terkenal dengan gelaran sifu itu menutup DATO’ M. N45IR CIPTA 2 menerusi persembahan lagu raya.
Epiknya penutup DATO’ M. N45IR CIPTA 2 dengan lagu raya telah melahirkan DATO’ M. N45IR CIPTA RAYA sebagai konsert spin-off yang menyaksikan ia sebagai konsert pertama kali hanya dipenuhi lagu raya ciptaan dan kegemaran beliau. DATO’ M. N45IR CIPTA RAYA yang berlangsung pada April 2025 juga tuntas dilaksanakan.
Dua siri DATO’ M. N45IR CIPTA 1 dan DATO’ M. N45IR CIPTA 2 dan sebuah DATO’ M. N45IR CIPTA RAYA belum mahu membuat penganjur, Icon Entertainment berhenti mempersembahkan visual dan karya pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed, 67, berhenti.
Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 telah diumumkan. Axiata Arena Kuala Lumpur selagi lagi bakal menjadi saksi nyata ribuan peminat M.Nasir akan memenuhi segenap ruang pada 27 September 2025 bermula pukul 8 malam. Lebih menghangatkan malam tersebut, Etiqa selaku rakan strategik utama akan rock-kan malam yang akan melakar sejarah tersendiri itu.
Penganjur dan sifu juga bangga untuk memperkenalkan konsep yang dibawa menerusi DATO’ M. N46IR CIPTA 3 sebagai Malam Ini Gua Rock. Konsep ini bertepatan dengan pengisian konsert yang kali ini bakal menyaksikan sang maestro mempersembahkan lagu-lagu rock nyanyian dan ciptaan beliau yang telah serta pernah meninggalkan kesan di jiwa serta nostalgia tersendiri.
“Ya, Icon Entertainment kembali dengan DATO’ M. N46IR CIPTA 3 mungkin ada yang mengeluh ‘konsert M.Nasir lagi’, atau ‘nyanyi lagu apa pula kali ini’ atau ‘M.Nasir sudah tidak eksklusif’ kerana penganjuran trilogi konsert, tetapi percayalah DATO’ M.N46IR CIPTA 3 akan memberi kejutan baharu buat peminat.
“Sama seperti penganjuran CIPTA 1 dan CIPTA 2 yang berbeza, tentu sahaja peminat tidak akan rasa membazir untuk melaburkan duit lagi untuk DATO’ M. N46IR CIPTA 3.
“Kerana apa? Pertama tentu kerana karisma sang legenda, the one and only maestro Haji Dato M.Nasir sendiri. Kedua kerana konsep Malam Ini Gua Rock yang cukup dekat dengan M.Nasir. Sifu adalah ‘arkitek’ yang mencipta banyak lagu rock popular tanah air sehingga harum se-Nusantara.
“Jadi ini adalah peluang terbaik penonton menikmati M.Nasir dengan Malam Ini Gua Rock yang belum pernah beliau pamerkan dalam konsert-konsert sebelum ini,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Menepati konsep Malam Ini Gua Rock, DATO’ M. N46IR CIPTA 3 akan dipenuhi untaian lagu rock yang cukup masyhur hasil kreativiti beliau. Dan di sebalik lagu-lagu rock yang bakal dipersembahkan kelak, M.Nasir mempunyai banyak ceritera di sebaliknya terutama bersama kugiran atau penyanyi yang menyampaikan karya aslinya.
“Semua pun tahu, M.Nasir bukan hanya penyanyi yang menyanyikan karya peribadi tetapi beliau adalah pencipta untuk kebanyakan lagu popular kugiran atau penyanyi lain.
“Sebagai contoh, kita kenal lagu Sejati atau Intanku Kesepian milik Wings, tetapi M.Nasir adalah pencipta lagu rock yang menjadi antem buat kebanyakan peminat.
“Dan bagaimana bunyi lagu-lagu rock yang pernah popular ini dipersembahkan M.Nasir dalam ‘bentuk seni’ tersendiri. Datanglah DATO’ M. N46IR CIPTA 3, anda akan menemui momen ajaib di sini,” kata Iman Tang lagi.
Rock Cara Lu…Janji Rock
Selain Wings, M.Nasir menciptakan banyak lagu masyhur malah figura yang pertama kali menemui ‘kilauan berlian’ terhadap kugiran seperti Search. “Maka akan ada lagu Pawana didendangkan,” tambah Iman Tang.
Bersama Pawana, Intanku Kesepian serta Sejati, DATO’ M. N46IR CIPTA 3 akan menyaksikan lagu- lagu rock yang lain bergema. M.Nasir menyifatkan DATO’ M. N46IR CIPTA 3 sebagai keraian trilogi M.Nasir Cipta yang telah membuat jadual seninya kembali padat sebelum berehat.
“DATO’ M. N46IR CIPTA 3 adalah keraian. Keraian dalam cara rock,” kata M.Nasir ringkas.
Tidak cukup dengan konsep Malam Ini Gua Rock, peminat juga mempunyai tema atau dress code untuk menjadikan kehadiran di Malam DATO’ M. N46IR CIPTA 3 sempurna.
Peminat digalakkan memakai tema Rock Cara Lu…Janji Rock yang disifatkan sebagai kebebasan individu berekspresi dan bereksperimen mengikut kefahaman rock masing-masing.
Tapi sebelum itu, jangan lupa dapatkan tiket dengan harga-harga RM 258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU) dan RM 628 (PAWANA) menerusi www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau hubungi talian hotline: 012 6530 700 (whatsapp) bagi memastikan anda adalah salah seorang saksi trilogi Cipta menerusi Konsert DATO’ M.NA46IR CIPTA 3.
Pra jualan akan dibuka kepada pengguna khas di aplikasi Etiqa+ pada Khamis, 3 Julai 2025, pukul 2.00 petang. Tiket akan mula dijual kepada khalayak pada 4 Julai 2025, Jumaat pada pukul 11 pagi.
Jika anda terlepas menyaksikan DATO’ M. N46IR CIPTA 3 bermakna anda akan terlepas menyaksikan sebuah konsert ‘serba rock’ yang tidak akan berulang lagi. Menonton di platform media sosial seperti YouTube atau siaran pendek TikTok tidak akan pernah membangkit aroma dan keterujaan sama dengan berada di lokasi kejadian.
Maka, mari jadi saksi nyata DATO’ M. N46IR CIPTA 3 pada 27 September 2025 di Axiata Arena. Malam Ini Kita Rock dengan Rock Cara Lu…Janji Rock.
INFORMASI
Acara: DATO’ M. N46IR CIPTA 3
Lokasi: AXIATA ARENA
Tarikh: 27 SEPTEMBER 2025
Waktu: 8 MALAM
Penganjur: ICON ENTERTAINMENT
Harga tiket: RM258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU) dan RM 628 (PAWANA)
Pra jualan akan dibuka kepada pengguna khas aplikasi Etiqa+ pada Khamis, 3 Julai 2025, pukul 2.00 petang.
Tiket mula dijual kepada umum pada 4 Julai 2025, 11 pagi
Layari: www.ticket2u.com.my/mnasircipta3
Talian hotline: 012 6530 700
Tata Pakaian / Dress Code: ROCK CARA LU…JANJI ROCK
Penaja:
Etiqa- rakan strategik utama
DTC- Pengangkutan rasmi
Era, Sinar, Gegar, Zayan- Radio rasmi
Astro Gempak- Digital rasmi