Siakap Keli
Gelang haji
Kredit: Anwar Badroldin

“Special,” Dah Seminggu Balik Malaysia, Lelaki Sayu Nak Buka Gelang Haji

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Special,” Dah Seminggu Balik Malaysia, Lelaki Sayu Nak Buka Gelang Haji

Berpeluang menunaikan haji di Tanah Suci merupakan pengalaman paling berharga buat sesiapa sahaja yang bergelar Muslim. Dalam jutaan umat Islam, hanya mereka yang terpilih dapat menjejakkan kaki ke sana.

Selain membawa pulang pengalaman beribadah, sudah semestinya ada antara jemaah yang membawa bersama pelbagai buah tangan untuk dijadikan kenang-kenangan. Begitu juga dengan salah seorang jemaah haji, yang pulang dengan membawa buah tangan paling istimewa buat dirinya.

Seorang pengguna Facebook yang baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah haji, Anwar Badroldin, berkongsi perasaan sayunya tatkala ingin membuka gelang besi yang dipakai selama 43 hari ketika berada di Tanah Suci.

“Sayu hati nak tanggal gelang ni. Selama 43 hari tak pernah buka, bila dah sampai Malaysia terpaksa buka dan simpan sebagai kenangan,” luahnya.

Menurut lelaki berkenaan, gelang tersebut merupakan sesuatu yang istimewa buat dirinya berikutan hanya jemaah haji dari Malaysia sahaja yang memakai gelang besi seumpama itu di sana.

“Gelang ini hanyalah pengenalan diri kita sebagai jemaah haji dari Malaysia. Ada nombor telefon pusat bantuan Tabung Haji jika ada kecemasan di Tanah Suci.

“Ada jemaah negara lain yang hairan dan tak kurang yang menegur haram kerana menyangka gelang ini perhiasan.

“Jemaah kita hanya mampu senyum dan kalau boleh berkomunikasi, kita jelaskan ini pengenalan diri,” kongsinya lanjut.

Ketika ditanya SK, lelaki tersebut memaklumkan bahawa gelang besi ini disediakan oleh pihak Tabung Haji kepada jemaah yang bakal berlepas di lapangan terbang atau ketika berada di Movenpick Sepang.

“Gelang ini mula dipakai dari Malaysia.

“Ada dua cangkuk. Satu untuk pakai dan satu lagi cangkuk keselamatan untuk elak dari (gelang) terjatuh. Gelang ni juga fleksibel sebab boleh ubah suai ikut saiz pergelangan tangan,” tambahnya.

Katanya lagi, gelang besi berkenaan tidak perlu dipotong menggunakan peralatan khas kerana boleh ditanggalkan dengan membuka cangkuk sahaja.

Mengakhiri perkongsiannya, lelaki tersebut menitipkan doa agar ahli keluarga dan kenalan berpeluang merasai pengalaman memakai gelang besi tersebut.

Sumber: Anwar Badroldin via Jemaah Haji Malaysia 1447H/2026M

BACA: Dulu Gagal “Add Math” Kini Penerima Dekan, Ibu Kongsi Strategi Selamatkan Anak

BACA: Fahami Jiwa Isteri, Saharul Ridzwan Titip Pesan Buat Para Suami

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.