Goodday KidSTART 3.0 Kembali – Program Usahawan Kanak-Kanak Terbesar di Malaysia Kini Mencari Generasi Pencetus Perubahan Baharu!
KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2025 —Goodday Milk dengan bangganya memperkenalkan Goodday KidSTART 3.0, platform usahawan kanak-kanak terbesar dan penuh inspirasi di Malaysia, dibangunkan untuk mencetus aspirasi, membina keyakinan, dan membuka potensi minda muda di seluruh negara. Kini memasuki tahun ketiganya, ia terus berkembang sebagai platform pembangunan bakat muda dalam bidang perniagaan, kepimpinan, dan celik kewangan bagi membolehkan minda muda ini membentuk impian dan menjadi pemimpin yang lebih yakin.
Sejak dilancarkan pada 2022, Goodday KidSTART telah membawa impak yang besar, meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Largest Kidpreneur Programme. Program ini telah melibatkan lebih daripada 5,000 kanak-kanak di seluruh negara dan memupuk literasi kewangan, kreativiti, ketahanan diri, dan pembinaan matlamat bagi membina keyakinan anak muda Malaysia untuk berfikir seperti usahawan serta keberanian untuk bermimpi melangkaui bilik darjah..
Tahun ini, Goodday KidSTART 3.0 mencipta sejarah baharu dengan rancangan realiti pertamanya di Astro Ria dan Astro Ceria bagi memberikan penonton peluang menyaksikan perjalanan keusahawanan para peserta cilik ini. Siri ini akan mendokumentasikan
perkembangan mereka daripada konsep idea hingga ke pembentangan akhir, membolehkan rakyat Malaysia mengikuti dengan lebih teliti pertunjukan bakat, kegigihan, dan pertumbuhan mereka sepanjang program ini. Kerjasama dengan Astro yang merupakan platform informasi dan hiburan terkemuka Malaysia membolehkan program ini menarik minat keluarga dan pelajar sekolah, sekaligus menyampaikan mesej bahawa
inovasi dan literasi kewangan boleh dipupuk sejak usia muda. Dengan Astro sebagai rakan penyiar, program ini bakal menginspirasikan lebih ramai minda-minda muda.
LEBIH MELUAS DAN LEBIH INKLUSIF
Goodday KidSTART 3.0 akan memulakan pengambilan peserta di seluruh negara bermula Julai, menerusi edisi yang paling inklusif dan bercita-cita tinggi setakat ini, dengan sasaran untuk mencari lebih daripada 6,000 pelajar di seluruh Malaysia melalui rangkaian sekolah yang diperluas. Selain daripada menjangkau lebih banyak bilik darjah, pengalaman pembelajaran digital melalui sesi webinar turut disediakan bagi memastikan kanak-kanak dari pelbagai latar belakang dapat turut serta untuk meneroka dunia keusahawanan dan mempelajari konsep penting seperti pemodelan perniagaan, pemikiran reka bentuk, dan penyelesaian masalah secara kreatif.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata: “Kami telah menyaksikan kemunculan bakat yang luar biasa sepanjang dua tahun lalu. Program ini bukan sekadar tentang mencari idea, ia membina keyakinan, ketahanan diri, dan mengajar kanak-kanak cara untuk menjadi pemimpin. Kami dapat lihat kanak-kanak yang pemalu berubah menjadi peneraju. Dengan Goodday Milk, kami bukan sahaja
membekalkan khasiat penting untuk kesihatan badan anak-anak, tetapi juga menyokong perkembangan minda mereka, sambil menggalakkan impian besar dan pemikiran berani. Tahun ini, kami membawa program ini ke tahap yang lebih tinggi dengan pendedahan di
kaca TV dan bimbingan daripada pakar kerana kami percaya setiap anak berhak untuk dilihat, didengari dan diberi inspirasi.
Amy menambah: “Tahun ini, kami memperluaskan jangkauan ke lebih banyak sekolah dan memberikan peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mengambil bahagian. Merancang pelan perniagaan di bilik darjah memang mencabar, tetapi ia amat berbeza dengan pengalaman pitching yang sebenar. Buat pertama kalinya perjalanan mereka akan dirakam dan dikongsikan melalui siri televisyen nasional, dan ini memberikan penonton peluang menyaksikan hasil kerja keras, pertumbuhan, dan kreativiti mereka di sebalik tabir.”
Chen Chow Yeoh, Pengasas 1% Advisory & Coaching dan bekas juri Goodday KidSTART 2.0, berkongsi: “Menjadi juri finale Goodday KidSTART tahun lalu benar-benar membuka mata saya tentang betapa hebat dan kreatifnya kanak-kanak ini. Banyak pembentangan mereka dapat menandingi pelajar universiti, malah ada yang lebih baik daripada mereka. Apa yang paling mengagumkan ialah kemampuan mereka bercakap dengan penuh semangat tentang isu yang benar-benar penting bagi mereka, seperti kebolehcapaian, kesihatan mental, kelestarian serta inovasi. Dua daripada tiga pemenang tahun lepas hanya berusia sembilan tahun, tetapi mereka dapat membentang seperti para profesional. Jika anak anda berimaginasi tinggi atau suka menyelesaikan masalah, inilah program terbaik untuk mereka. KidSTART tidak hanya mengajar mereka tentang keusahawanan, ia memupuk daya kepimpinan, pembinaan matlamat, dan keberanian dari awal usia.”
PENDAFTARAN KINI DIBUKA
Program usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia kini dibuka untuk pendaftaran, dan menjemput kanak-kanak di seluruh negara untuk tampil dengan idea paling berani mereka. Sama ada penyelesaian untuk masalah dunia atau ada konsep kreatif yang ingin ditampilkan, Goodday KidSTART 3.0 menawarkan pentas nasional untuk minda muda dilihat, didengari, dan dibimbing oleh profesional terbaik dalam industri.
Pendaftaran untuk Goodday KidSTART 3.0 kini dibuka dari 1 Julai hingga 30 September 2025. Kanak-kanak yang berminat hanya perlu menghantar video pendek memperkenalkan diri, berkongsi inspirasi di sebalik idea mereka, serta menyampaikan elevator pitch menerusi
laman web rasmi di www.gooddaykidstart.com
Sepanjang proses pemilihan selama 10 minggu, 100 peserta akhir akan dipilih untuk memperhalusi idea mereka, dan 20 peserta terbaik akan mara ke peringkat seterusnya. Finalis muda ini akan menerima bimbingan pakar serta pendedahan di peringkat nasional, bagi membina keyakinan dan kemahiran untuk membentangkan idea mereka kepada panel pemimpin industri dan usahawan berpengalaman. Pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM60,000 untuk membantu merealisasikan impian perniagaan mereka.
Disokong oleh Etika Sdn Bhd, Goodday Milk, dan rakan kerjasama yang berdedikasi, Goodday KidSTART 3.0 bakal menjadi platform penting bagi pemerkasaan belia dan pendidikan keusahawanan di Malaysia, di mana idea masa depan bermula dengan anak muda hari ini.
Jika anak anda punya idea besar, inilah masanya. `Sertai hari ini dan mulakan perjalanan penuh inspirasi.