Siakap Keli
kepala kanak-kanak tersepit
Kredit: JBPM Pulau Pinang

Kepala Kanak-Kanak Dua Tahun Tersepit Pada Besi Penghadang

Kepala Kanak-Kanak Dua Tahun Tersepit Pada Besi Penghadang

NIBONG TEBAL, 3 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, di sini hari ini.

Mangsa dipercayai bermain di kawasan besi itu sebelum kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi.

“Bomba yang tiba di lokasi tujuh minit kemudian berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu daripada besi penghadang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tamat sepenuhnya pada 8.49 pagi dan mangsa berada dalam keadaan stabil serta selamat bersama penjaga.

Sumber: Bernama

BACA JUGA: Pelajar Perempuan Tersepit Besi Penutup Longkang Pada Hari Pertama Sekolah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.