Siakap Keli
5 Petua ‘Glow Up’ Barang Kemas Kusam Guna Bahan Dapur 
Gambar AI

5 Petua Cuci, Bersih Barang Kemas Kusam Guna Bahan Dapur 

5 Petua Cuci, Bersih Barang Kemas Kusam Guna Bahan Dapur 

Barang kemas bukan sekadar hiasan. Ia juga mencerminkan gaya peribadi, status malah menyimpan nilai sentimental yang tinggi bagi sesetengah individu.

Sama ada cincin tunang mahupun rantai hadiah istimewa, sudah tentu kita mahu ia sentiasa tampak berkilat dan memukau.

Tetapi, bila dipakai setiap hari, barang kemas akan terdedah kepada peluh, habuk, minyak kulit, serta sisa produk penjagaan diri seperti losyen dan minyak wangi.

Lama-kelamaan, semua ini menyumbang kepada kekusaman dan hilangnya sinaran asal barang kemas tersebut.

Berita baiknya anda tak perlu pun ke kedai emas atau hantar untuk servis profesional setiap kali barang kemas mula kelihatan pudar.

Sebenarnya hanya dengan menggunakan bahan-bahan asas yang memang ada di dapur rumah seperti ubat gigi, asam jawa atau sabun pencuci pinggan anda boleh cuci dan bersih semula barang kemas anda dengan cara mudah, murah dan selamat.

Jom ikuti 5 petua paling mujarab yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

1. Ubat gigi 

Ubat gigi merupakan salah satu bahan yang mudah didapati dan terbukti berkesan untuk mencuci barang kemas yang kusam terutamanya emas dan perak.

Caranya cukup mudah iaitu dengan sapukan sedikit ubat gigi (pastikan jenis yang tidak mengandungi bahan peluntur atau butiran kasar) pada permukaan barang kemas, kemudian gosok dengan berus gigi lembut secara perlahan.

Fokuskan pada bahagian bercelah yang sering terperangkap habuk atau minyak. Setelah digosok, bilas dengan air bersih dan lap hingga kering menggunakan kain mikrofiber.

Hasilnya, kilauan asal akan muncul kembali. Namun, kaedah ini disarankan digunakan sekali-sekala sahaja untuk elakkan hakisan mikro terutama pada barang kemas bersalut atau permukaan halus.

2. Asam jawa 

Asam jawa juga bukan sekadar bahan masakan malah telah lama digunakan sebagai petua tradisional untuk mengilatkan barang kemas khususnya emas.

Ia mampu menanggalkan lapisan kusam secara semula jadi tanpa merosakkan logam. Untuk mencuci, ambil segenggam asam jawa dan campurkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

Sapu pes ini pada barang kemas dan gosok perlahan menggunakan jari atau kain lembut. Biarkan selama 5 hingga 10 minit untuk tindak balas berlaku kemudian bilas hingga bersih dan lap kering.

Petua ini sangat sesuai digunakan pada emas kuning dan sering diamalkan oleh generasi terdahulu kerana hasilnya yang nyata bersinar tanpa penggunaan bahan kimia.

3. Air panas 

Selain itu, merendam barang kemas dalam air panas juga merupakan teknik mudah tetapi efektif untuk menguraikan kotoran dan minyak yang melekat pada celah-celah kecil.

Panaskan air sehingga suam (bukan mendidih) kemudian rendam barang kemas selama 10 hingga 15 minit. Selepas direndam, gosok dengan berus gigi lembut bagi menanggalkan sebarang kotoran yang terlekat.

Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap hingga kering. Kaedah ini amat sesuai untuk barang kemas yang digunakan setiap hari seperti cincin, subang atau rantai yang sering terkena peluh.

Namun begitu, elakkan teknik ini untuk barang kemas yang mengandungi batu permata sensitif seperti mutiara, opal atau turquoise kerana suhu panas boleh merosakkan permukaan batu.

BACA : 6 Negara “Visa-Free” Tapi Ada Borang Wajib Untuk Orang Malaysia

4. Air teh 

Air teh khususnya teh hitam tanpa gula mengandungi tanin semula jadi yang mampu menanggalkan minyak dan kotoran halus pada permukaan barang kemas.

Untuk mencuci, sediakan secawan teh pekat yang telah disejukkan sedikit. Rendam barang kemas dalam air teh selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, gosok perlahan dengan kain lembut dan bilas dengan air bersih.

Lap sehingga kering untuk menampakkan hasil yang lebih menyerlah. Petua ini sesuai untuk mereka yang mencari kaedah semula jadi dan mesra alam selain mampu mengurangkan bau hapak akibat kelembapan yang melekat pada barang kemas.

5. Sabun pencuci pinggan 

Di samping itu juga, sabun pencuci pinggan merupakan bahan yang cukup efektif dan popular untuk membersihkan barang kemas kerana ia mampu melarutkan minyak, debu dan sisa produk kecantikan tanpa merosakkan permukaan logam.

Caranya, titiskan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam semangkuk air suam dan kacau sehingga berbuih.

Rendam barang kemas selama 10 hingga 15 minit kemudian gosok perlahan menggunakan berus gigi lembut untuk membersihkan bahagian tersembunyi.

Setelah selesai, bilas dengan air bersih dan lap menggunakan kain mikrofiber. Kaedah ini sangat sesuai diamalkan secara berkala untuk memastikan barang kemas kekal bersih, berkilat dan tahan lama.

Oleh itu, penjagaan barang kemas tidak semestinya rumit atau mahal. Dengan hanya memanfaatkan bahan-bahan harian yang ada di dapur, anda boleh mengembalikan sinar dan glow up barang kemas kesayangan anda tanpa perlu keluar rumah.

Amalkan salah satu daripada petua di atas secara berkala dan simpan barang kemas di tempat yang kering, terlindung dari kelembapan dan bahan kimia agar ia terus kelihatan seperti baru.

BACA : BINGKAS Selangor: Cara Mohon Bantuan RM300 Sebulan

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.