Siakap Keli
feri karam bali
Gambar: BERNAMA

Kedutaan Malaysia Pantau Insiden Feri Karam Libatkan Warganegara Di Bali

Kedutaan Malaysia Pantau Insiden Feri Karam Libatkan Warganegara Di Bali

JAKARTA (Bernama) — Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menghubungi pihak Kementerian Luar Indonesia berhubung seorang warganegara Malaysia dikhuatiri antara mangsa masih belum ditemukan dalam insiden feri penumpang, KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Selat Bali lewat Rabu malam.

Individu yang dikenal pasti sebagai Fauzey Awang, 55 tahun, dipercayai berada di dalam sebuah van pelancong yang turut berada di dalam feri berkenaan semasa kejadian.

Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van terbabit dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi, Jawa Timur.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.